Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://www.natrahmohamed.com/
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Ada pulak yang tanya kenapa blog Cik Mon ni sekejap bagi tips penulisan. Sekejap kang bagi review blog orang. Blog-blog yang saya review ni adalah blog jemaah Akademik Bekerja Di Rumah, kawan-kawan. Makanya, disebabkan saya memang rajin merayau semenjak dua menjak ni, makanya saya review la sekali.
blog Natrah Mohamed ni memang blog mak-mak. Maksud mak-mak itu ialah banyak perkongsian tentang anak-anak di peringkat budak. Kalau dalam Bahasa Inggeris kan ada dibeza-bezakan tahap tumbesaran kanak-kanak kan. Baby la, infant la, toddler la. Jadinya Natrah banyak berkongsi tips-tips menangani selera anak-anak yang galak membesar ni. Bukan pasal selera aje. Asalkan melibatkan dua orang adiwiranya, semuanya dikongsi.
Blog Natrah ni Jurnal Mama...Didikan Anak-Anak di Rumah juga merupakan blog bisnes sebab Natrah adalah ejen Shaklee. Makanya, ada banyak info mengenai produk tersebut di dalam blog tersebut.
Secara keseluruhannya, blog ni menarik, cuma saya harap entri-entri blognya dijarakkan dengan perenggan.
Teruskan Mama Nasih dan Nafiz.
Ingin mengiklankan produk anda di blog kami? Hubungi kami.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D