Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Sumber : http://hazamaharun.blogspot.com/
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana kerja keras saya dihargai oleh pihak syarikat. Saya dinaikkan pangkat sebagai Senior Editor.
Saya tidak kisah dan terima seadanya. Saya faham, mana-mana majikan pun pasti memerlukan masa untuk menilai kemampuan dan kebolehan seseorang. Alhamdulillah, pada tahun 2013, majikan memaklumkan saya tentang kenaikan tersebut. Hanya surat pengesahan saja agak lewat diterima. Sebaik saja saya menerima surat perlantikan sebagai Senior Editor, barulah saya mempunyai mandat untuk merancang hala tuju Jabatan Bahasa Malaysia yang saya terajui. Saya mula mengemaskinikan jadual, mengurus anak-anak buah dan memantau kerja mereka. Saya berterima kasih kepada anak-anak buah saya yang begitu memahami dan sedia bekerjasama. Tanpa sokongan orang bawahan, siapalah kita? Betul tak?
baca lagi : http://hazamaharun.blogspot.com/2014/09/tugas-sebagai-senior-editor.html
Aiza Zizan adalah protege Akademi Bekerja di Rumah. Walaupun beliau bukan WAHM, beliau menyertai kami mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Aiza Zizan adalah protege Akademi Bekerja di Rumah. Walaupun beliau bukan WAHM, beliau menyertai kami mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
as salams, bila baca entry ini rasa mcm bukan perkara yg mudah menjadi editor-senior editor...sangat kagum....sangat berjasa .....
ReplyDeletewaalaikumsalam. kita selalu tgk hasil kan. tak tahu mulanya macam ni punya perit.
Delete