Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor
Wajah
Puan Saadiah terbayang di mata Eza. Wanita yang sanggup mengorbankan harta
benda, masa dan dirinya sendiri untuk anak-anak gadis ‘tercalar’ sepertinya.
Ketika mata dan jari lain menuding pada kesalahan dan perut mereka, Puan
Saadiah tampil menghulur tangan dan senyum untuk menjadi pelindung. Memberi
setidak-tidaknya secucur atap kasih sayang. Nayla diam memproses kata-kata Eza.
Kebisuan untuk membantu saraf otaknya mengesani memori kepada kedua-dua kata
kunci Mama dan Mawwaddah.
‘Aku
ada kenal siapa-siapa yang bernama Mawwaddah ke?’ Nayla duduk menghadap Eza yang sedang memayam sebahagian daripada
bawang besar di depannya. Sebelah lagi dihiris untuk dimasukkan sebagai hiasan
akhir. Tiga ulas bawang putih dketuknya dengan pisau.
“Dah,”
Eza menolak pengalas cincang ke depan Nayla. Muncung Nayla menghala ke arah
brokoli yang diam pegun tak berusik.
“Mengada-ngada
betul kau ni. Udang tu kau cuci. Aku tak nak. Nanti muntah billah kat sini.” Arah Eza.
Nayla
bangun membawa udang yang masih berbungkus kemas di dalam bekas styrofoam itu ke singki. Membuang kepala
dan ekor. Kulit tengah ditinggalkan. Eza selalu meninggalkan komen jika Nayla
berbuat begitu. Pemalas, katanya.
“Kau
ingat tak rumah perlindungan yang aku pernah tinggal sekejap tu?” terang
Eza. Nayla mula memulih ingatan. Rumah lot tepi dua tingkat di kawasan
perumahan di pinggir bandar Kajang.
“Semua
yang tinggal kat situ ada masalah macam kau ke?” Nayla menenggekkan kuali.
Sedikit minyak dimasukkan. Udang yang dimasukkan akan menghasilkan aroma dan
airnya sendiri. Jadi tidak perlu terlalu banyak minyak.
“Kebanyakannya.
Ada jugak kes dadah. Kes lari dari rumah. Sumbang mahram pun banyak…..” Eza
terbersin kecil beberapa kali apabila aroma tumisan itu menyesakkan hidung. “Kecilkan
sikit apilah,” arahnya tetapi melarikan diri ke ruang tamu. Nayla memasukkan
udang yang dibasuh dengan air bilasan beras tadi.
Sakit
sosial bukan milik mutlak remaja sahaja. Golongan berumur malahan veteran juga
menjadi haruan ganas tak mengenal mangsa. Kalaupun sakit sosial ini tidak
digelar masalah, ia masih cabaran buat perawatnya. Kesedaran untuk kembali kepada
agama sebagai pencegah dan perawat sakit kronik ini secara mutlak berdepan
dengan pro dan kontra. Remaja umpama anak pokok yang sentiasa perlukan
perhatian. Dipupuk dibelai sambil mata
harus meliar bimbang haiwan liar atau tangan gatal mengetusnya membuatkan
tumbesarannya terbantut.
“Kalau
aku banyak duit, aku pun nak jadi macam Puan Saadiah tu. Berbakti. Besar pengorbanan dia untuk masyarakatkan?” Dalam-dalam Nayla memanjat doa. Berharap
tindakan dia membela Eza ketika dilakukan wewenangnya oleh keluarga menjadi
perintis.
“Kau
bayangkan masa semua orang menghentam kau. Menyalahkan kau. Tiba-tiba bila kita
datang pada dia, dia kata Allah nak uji kamu. Allah nak uji kamu kerana dia
sayangkan kamu. Dalam bercinta pun, kalau nak tahu orang tu sayangkan kita atau
tidak, tentu kita akan uji dia,” ujar Eza cuba mengingat kata-kata pujukan
Puan Saadiah.
“Siapa
yang hantar kau ke sana ?”
Nayla meletakkan semangkuk brokoli bersama udang yang berkuah merah jambu
kerana air udang tadi. Perbincangan
mengenai perkara itu tidak pernah dibuka sebelum ini.
“Ma
bagi cadangan. Mak lang yang carikan. Tu pun pasal kawan Emma tinggal kat situ. Masa mula-mula sampai kat situ, aku memang
dendam dengan semua orang. Bila aku ada masalah, semua nak lepaskan tangan.
Buang aku kat situ. Ikutkan hati, aku memang tak mahu mengaku ada keluarga
lagi. Masa baik kita ditatang. Masa jahat kita dibuang…” Eza menyambung lagi
selepas berjeda.
Stigma
negatif masih memerangkap minda masyarakat. Yang jahat harus disingkirkan dari
bercampur yang baik bimbang berjangkit. Walhal sepatutnya yang bermajoriti baik
harus memulihkan yang jahat sambil berjaga-jaga. Barulah unsur positif meresapi yang jahat dan
mengubahnya sedikit demi sedikit.
“Ibu
kau tak cakap apa-apa? Eh! mak lang kan kat Mekah bersama aku?”
“Ibu
tak benarkan. Abah pun tak bagi. Tapi ma berkeras nak aku pergi, dia telefon
mak lang di Mekah. Kau tahulah ma. Takut
orang kata. Takut orang ni kata.”
salams mona, singgah membaca sambil muka malu2 kucing :)
ReplyDeletewaalaikumsalam. jangan le malu kucing, saya takde kucing nak malu kucing sama...
Delete