Friday, 26 September 2014

GMM dan GBK - Sejarah Indah 25 September

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Ahli GMM

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.  


Bertempat di bangunan Kumpulan Media Karangkraf seramai 17 orang ahli Grup Mari Menulis diketuai oleh pengetuanya, Puan Asmah Hashim, Tok Empatnya, AD Rahman dan disertai oleh para admin, penulis dan peminat buku tegar telah berkumpul seawal jam 9.45 pagi. Ahli-ahli rombongan Cik Mah ini disertai oleh peserta sejauh daripada Kulai Johor iaitu Puan Salmah Ahmad.

Kehadiran ahli rombongan disambut mesra oleh Puan Seri Diah, Pengurus Besar Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan editor-editor Buku Prima, Alaf 21 dan Karya Bestari. Sebaik perkenalan, ahli rombongan dibawa menghadiri taklimat ringkas mengenai Kumpulan Media Karangkraf.

Seterusnya, sebelum dibawa ke bahagian editorial Puan Asmah Hashim mewakili GMM telah menyampaikan cenderamata terima kasih kepada Puan Seri Diah. Acara wajib di setiap lokasi ialah bergambar. Tak kiralah selfie atau berjemaah-fie.

Ahli rombongan bergerak pula ke bahagian grafik sebelum dibawa ke kawasan kilang yang menyaksikan drama anak-anak ayam kehilangan ibu. Mujur juga ada Cik Ilham yang comel lote muncul menunjukkan haluan. Di kawasan kilang atau operasi ahli rombongan dapat melihat sendiri proses percetakan majalah dan akhbar dan memperlihatkan betapa koordinasi dan prosedur yang teratur menentukan kualiti akhir sesuatu produk.

Ahli rombongan kemudiannya dibawa melawat ke bahagian editorial di mana kami berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan editor yang bertugas dan melihat sendiri proses pengeditan mereka secara umum.

Pada akhir acara, selepas menikmati hidangan ringan - masing-masing sudah gigil lutut. Apa lagi. Shopping time! beramai-ramai membeli novel Tolong Cari Suamiku sehingga gigil tangan penulisnya menyain.

Terima kasih para ahli GMM yang turut serta. Ini bukan laporan rasmi. Ini hanya entri suka suki.

 1). Asmah Hashim
2) Nur Dila
3) Salmah Ahmad
4)Saniah Mat Sanat
5) Rahmah Mokhtar
6) Ad Rahman
7) Flora Ixora
8) Nurhidah Halun
9) Monalita Mansor
10) Pethronellà Ráimi Natágach Nàtalurp
11. Rozana Abdul Rahman
12) Siti Sab Haira Amri
13)Zu Nani
14) Zaiton Abd, Rahman
15. Azrina Nur Rusly
16)Ayahanda Chik

17) Cik Noraz Ikha






ingin menambah ilmu sebelum menapak sebagai usahawan online berjaya? Temui kami di Kelas Asas Akaun Offline anjuran Akademi Bekerja di Rumah. Maklumat lanjut sila hubungi kami.

3 comments:

  1. seronoknyaaaaa.....teringat zaman kecik pernah prg karangkraf rombongan sekolah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung