Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Hamboi tajuk! tak semenggah! Tak ada apa pun sebenarnya. Semalam selepas Jumaat berjimba-jimba dengan kawan baik di PPAS Pekan Seri Manja.
Tak adalah yang happeningnya melainkan menerima 100 biji bantal comel untuk mengiring Mentua Aku Shogun Tokugawa dan juga....
tak sah kalau jumpa dia ni, tak membelasah dia 'sedas' dua. Semalam, membedah cerpen di blognya. Saya pun kena belasah kaw-kaw masa menuntut ilmu bisnes dengan dia.
Antara yang ingin saya kutip -
1. tulis dialog, seboleh mungkin jangan guna ayat skema*
2. tulis dialog, ada sesetengah tak perlukan imbuhan
3. tulis dialog kena tahu kedudukan tanda baca
4. tulis dialog juga, seboleh mungkin jangan tulis ayat klise
*skema dalam makna sebenar ialah rancangan atau reka bentuk tapi dalam bahasa pasar ia membawa makna ayat naratif atau ayat penyata lengkap dengan imbuhan dan menjadikan dialog tu janggal pulak. Contoh ayat :
"pesanan emak akan saya sematkan di dalam hati..."
"pesanan emak akan saya sematkan di dalam hati..."
errmmm...(garu kepala sekejap)
Oh ya, anda yang berminat nak mendapatkan khidmat Cik Dila Katerer terutama kawasan Gombak, Selayang dan Kuala Lumpur boleh hubungi dia.
kafe oh kafe |
Manakala yang berminat nak mengutip ilmu berbisnes dengan memulakan dengan kelas asas akaun, ada tempat kosong untuk anda pada 27 dan 28 September ni. Lokasi di Bangi dan Shah Alam. Tempat terhad. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
tok sah malu.
sejak minggu lepas xberjimba-jimba..mood susah hati...
ReplyDelete