Friday 26 September 2014

Macam-Macam Ada 34 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Laras Bahasa II

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Aiwa....


sambung terus ya. Ketahui khalayak pembaca, baru tentukan laras bahasa yang hendak kita gunakan. Dari mana nak belajar laras bahasa ni ya. Saya cadangkan anda baca Mastika, ada variasi laras bahasa di dalamnya. Untuk laras bahasa sastera yang penuh hiperbola, metafora dan apa lagi entah istilahnya, anda kena rajin baca akhbar Kosmo kalau anda rasa berat a.k.a malas nak baca novel sastera. Bahasa yang wartawannya gunakan memang menarik.


Okay.






Laras bahasa remaja pop - (novel akhir remaja/awal dewasa)


Tengah hari itu aku terus lupa sekejap dengan insiden penemuan coklat di atas meja dan di bakul motosikal aku. Semuanya disebabkan teruja dengan hasil lawatan sambil berangan-angan ke premis kereta terpakai bersama Od. Bangga tahap gaban sebab jadi orang pertama tengok kereta yang akan dibeli Od.


Jah & Od_Soulmate Selamanya, Ainin Naufal, Adiwarna, Selangor




Laras bahasa remaja sastera - (novel akhir remaja/awal dewasa)


E-Jay cuba mengawal rasa ingin tahunya yang kian melimpah. Matanya tidak putus mahu melihat sekeliling, tetapi masih belum terpadam percikan hikayat cinta yang dikisahkan oleh Azhan Harith.

Mencari Locus Standi, Nisah Haron, DBP, KL





Laras bahasa sastera (novel umum/dewasa)


Di celah leher baju yang koyak - tatkala bahang kemarau tengah hari itu semakin menyengat - lelehan peluh yang membasahi muka dan lehernya mulai bertakung pada lopak sekatam jari yang terbenam antara dua tulang selangkanya. 

Kumpulan cerpen Al Kisah, Zainal Rashid Ahmad, Nusabuku Enterprise


Jadinya, sekali lagi saya kongsikan, kalau nak tahu laras bahasa apa nak guna, pastikan sasaran kita. Macam jugak lah kita menetapkan sasaran memanah atau menembak. Harus pastikan jarak dan baru kita tahu anak panah atau peluru jenis mana yang kita perlu gunakan.

Jangan jadi macam Zionis, pandang rendah pada sasaran. Apabila lawan balas habis-habisan, bersetunggang kau!


Berminat nak menyertai kami - berblog secara santai dalam jemaah yang besar (hampir 600 blog yang aktif.

Hubungi saya melalui rangkaian komunikasi di bawah. Pilih salah satu, jangan ambik semua.

2 comments:

  1. Jazakillah cikgu. Sejak berlatih guna BMT, berminat pula untuk belajar bahasa lagi. Seperti BMR, syok ja nak tulih ikut dan. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa iyyaki Mrs. Sedi.
      saya bukan cikgu. Kongsi ilmu je. suka-suka.
      saya suka kongsi dengan orang yang suka menulis.

      Delete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung