Thursday, 12 September 2013

Zakat Simpanan Untuk Surirumah

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
http://www.e-zakat.com.my/

Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga

Kita memang biasa dengan zakat.  Berlebihan pula semasa hari raya.  Semua orang tahu bahawa zakat fitrah perlu dibayar sebelum sembahyang raya.  Tapi anda tahu ada lagi zakat lain yang perlu diambil tahu?  Tak salah saya, bab zakat ni diajar di dalam mata pelajaran agama Islam masa saya tingkatan 5.

Ustazah Rohana yang mengajar saya.  Garangnya, masyaAllah.  Tapi saya dapat A1 subjek agama Islam.  Saya ingat lagi dalam buku biru tu tertulis hikmah zakat adalah mensucikan harta kerana di dalam harta kita terdapat hak orang lain.


Jenuh saya memikirkannya ketika itu.  Tak tercapai di minda budak sekolah tujuh belas tahun yang fikirnya mahu lulus SPMV saja. 

Jika kita menyimpan di Tabung Haji, pembayaran zakat adalah di antara 7 kelebihan menyimpan di sana.  Bagaimana di bank-bank komersial lain.  Mari kita baca sepintas lalu.  Kalaupun, anda tidak bermasalah dengan pembayaran zakat, sekadar pengetahuan, tak ada salahnya kan?

Menurut Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, Pengurus Besar Hartasuci Sdn Bhd, agensi naungan PPZ-MAIWP, zakat simpanan adalah zakat kepada wang yang kita simpan di dalam akaun simpanan.  Tidak kira akaun tersebut akaun simpanan tetap, semasa, atau ASB dan cukup HAUL (genap setahun)


Kadar zakat adalah 2.5% daripada jumlah baki simpanan terendah dalam tempoh setahun yang bersamaan atau melebihi nisab.
http://img.docstoccdn.com/

Nisab adalah kadar  harta yang diwajibkan zakat.  Bermakna, apabila jumlah simpanan kita mencecah nilai nisab atau melebihi, maka wajib kita mengeluarkan zakat ke atas simpanan tersebut dengan syarat cukup haul (seperti yang diterangkan di atas)

kaedah pengiraannya adalah telus dan boleh dikira oleh sesiapa sahaja.

Dapatkan baki terendah dalam simpanan anda  atau beberapa simpanan selepas setahun.   Sekiranya melebihi nisab, anda darabkan dengan 2.5%.  Jumlah yang terhasil itulah yang perlu anda bayar.  

Bagaimanapun kadar nisab tidak seragam di antara negeri-negeri di Malaysia.  Di Selangor kadar nisabnya adalah RM13,140.00 manakala di Wilayah Persekutaan Kuala Lumur pula RM14,066.00.  Jadi sebelum anda mengira, pastikan lokasi anda di dalam Google Map.

Jangan kisahkan soal penerima zakat yang tak terima zakat, badan zakat terima wang tetapi tak tahu salurkan ke mana.  Kisahkan diri kita.  Zakat adalah kewajiban.  Kita tak buat, kita yang berdosa.  Yang digulai di dalam neraka esok adalah kita, nauzubillah.
http://4.bp.blogspot.com/

Allah yang berfirman ya, bukan saya! 
dalam surah Al Baqarah sahaja banyak sekali suruhan-Nya tentang berzakat.  Seperti Ayat 43 - ayat paling popular,

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta rukuklah bersama orang yang rukuk. 
Kini, kaedah pembayaran zakat telah dimoden, dipermudah dan diperluas.  Tidak timbul isu tak tahu nak bayar di mana, macam mana nak bayar.  Semua maklumat ada di hujung jari kita.


Oh ya, pendaftaran menyertai kelas Asas blog dan penulisan Fan Page masih dibuka.  Jika anda sudah ada bisnes sendiri tetapi ingin melebarkan rangkaian hubungi saya.  

Atau ingin beriklan dengan Akademi Bekerja di Rumah dengan kadar berpatutan dan promosi berterusan, tanpa mengikuti kelas, anda juga boleh menghubungi saya. 

 Bibliografi

1. Al Quran nul kareem ayat 2: 43
2. kadar nisbah zakat negeri Selangor daripada http://www.e-zakat.com.my/
3. Kadar nisbah zakat Wilayah Persekutan dan pengurus Besar PPZ - MAIWP daripada http://www.zakat.com.my
 4. Pengertian nisab daripada  http://abuumair.com/soal-jawab/feqah-zakat/06-003/
5.  Zakat Simpanan Satu Kewajipan, Noridawati Nahrawi dan Mastura Burhanuddin, Wanita Januari 2012

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung