Sunday, 8 September 2013

UPSR oh UPSR

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar: www.wikimapia.org


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

UPSR bakal menjelang Selasa ini.  10/9/2013.  Anak ketiga saya adalah antara calon-calonnya.  Saya tak tahu bagaimana dengan ibu lain, tapi setelah kali ketiga debarannya taklah menggila benar seperti kali pertama dulu. 



Kali pertama Along Anis mendepani UPSR, ketika itu saya masih bekerja.  Saya ambil cuti.  Tunggu dia habis periksa di hentian bas depan sekolah.  Lepas tu kami jalan kaki sama-sama.  Naik bas balik ke rumah.  Walaupun saya nyatakan padanya saya redha dengan apa juga keputusan yang diterimanya kerana dia telah berusaha sehabis baik, alhamdulillah, dia membuktikannya. 

Kali kedua, Angah Ummi.  Kali ini saya tak mengambil cuti.  Pada hari keputusan UPSR keluarpun saya masih di tempat kerja.  Sampai cikgu di sekolahnya telefon barulah saya datang.  Dari riak suara cikgunya yang mengucapkan tahniahpun saya dah tahu, dia tidak mengecewakan.  Walaupun ikhtiarnya hanya di separuh masa terakhir, dia membawa juga angka 5 dengan 'A'nya sekali untuk dibanggakan.

Kali ketiga, abang.  Umar.  Mak saudaranya memanggilnya Mayi.  Sepupunya memanggilnya Mamuk.  Nama sebenarnya Umar Bukhary.  Hmm...sehingga catatan ini ditulis, dia masih berlegar-legar, main games, tengok tv walaupun keputusan percubaan UPSRnya... "tak ada emoticon yang boleh menggambarkan perasaan saya!"

Kata cikgu-cikgu kat sekolah, pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan.  Mereka banyak memberi tumpuan di dalam kelas dan kurang gemar membuat ulangkaji atau dalam istilah kampung saya 'belajar'.  Iyalah tu!

Walaupun saya ugut nak masukkan dia ke asrama, malah menawarkan Galaxy Tab untuknya sebagai habuan 5A nya, dia masih begitu.  Saya masih mengharapkan ada keajaiban berlaku - pling! pling! kerana dia anak yang taat.  Solatnya masih tetap 5A.  Itu yang menjadi kebanggaan saya. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung