Gambar: Carian Google
http://allmalaysia.info/wp |
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
16hb September 2013 adalah cuti umum. Hari Malaysia. Ke mana anda membawa anak-anak bercuti. Mungkin ada yang sudah berkemas-kemas untuk pulang ke kampung. Atau menunggu-nunggu kedatangan orang kampung ke kediaman anda.
Satu tips daripada emak mertua saya. Sentiasa bawa bekal air atau air kosong bersama cawan kecil. Tujuannya agar anak-anak yang merengek minta dibelikan air tin, air botol atau air bergas, boleh disogok dengan air bekal untuk mendiamkan mereka.
Ipar saya pula, sanggup memasak menyiapkan bekalan untuk anak-anak sekiranya perjalanan mengambil masa agak lama. Kalau berhenti di RnR, macam-macam yang ditunjuk anak-anak. Kebanyakannya dijual dengan harga yang lebih tinggi sementelahan pula kos pengangkutan juga telah dinaikkan.
Taman Jaya, Petaling Jaya. Ehsan : http://farm3.static.flickr.com/ |
Jika tidak ke mana-mana, anda boleh juga bawa anak-anak ke Muzium Petaling Jaya. (pada hari Ahad, cuti umum ia ditutup). Ia terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10 Petaling Jaya. Ia sebenarnya adalah Rumah taman Bacaan Kanak-Kanak yang telah dirasmikan oleh Datin Hajah Sulaimah bt Maiji, isteri Yhg. Dato Haji Hormat Rafei, Menteri Besar Selangor dari tahun 1976 - 1982.
Muzium ini tidaklah sebesar Muzium Negara. Jika anda ingin mengetahui sejarah istimewa Petaling Jaya, gambar-gambar lama dan tokoh-tokoh yang mencorak pembangunan Petaling Jaya di sinilah tempatnya. Ia dibahagikan kepada 6 galeri bermula daripada sejarah kelahiran Petaling Jaya. Ada berbagai-bagai foto lama Petaling Jaya yang begitu menggamit kenangan.
www.penyubiru.com |
Anda boleh mengunjungi Muzium Petaling Jaya sama ada melalui Bas (Rapid KL U66 dan U75), teksi, atau Putra LRT di perhentian Taman Jaya.
Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Terdapat juga Pusat Membeli Belah Amcorp Mall, juga Hutan Pendidikan Bukit Gasing di sekitarnya.
Oh ya, Flea Market atau pasar barang antik juga terdapat di Amcorp Mall setiap Sabtu dan Ahad. Jika anda suka menonton American Pickers atau Pawn Star, nikmati barang-barang antik dan vintaj versi Malaysia di sana.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D