http://images.fineartamerica.co,m |
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
MasyaAllah. TabarakAllah. Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya. Maka berakhirlah tugasan saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini. Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran. Saya menyasarkan akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari. Alhamdulillah.
Apa yang saya dapat daripada kelas ini?
1. Sillaturrahmi - itulah rahmat dan rezeki yang tidak ternilai. Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak dan adik-adik yang sangat bermotivasi. Sangat merendah diri, sentiasa berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu.
Saya bertemu dengan khalayak rangkaian yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain. Ya, pada asasnya kami bersaing. Cuba memberikan yang terbaik. Tetapi teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang.
Persaingan yang menjadikan kita sentiasa sayang-menyayangi seperti keluarga. Persaingan yang perlu dikukuhkan kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian mereka dengan bersatu.
2. Keyakinan diri - entah, ini juga rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Saya merasakan aura Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit. Selama ini saya mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek, meminjam semangat!)
3. Peluang perniagaan - pernah saya katakan pada cikgu saya. Saya memang fobia dan trauma untuk berniaga lagi. Saya begitu takutkan rejection. Saya takut gagal! Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya harus bersabar. Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya.
Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)
5. Ilmu - saya mempunyai blog sebelum ini. Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab. Di kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok penghasilan blog.
Sebelum ini saya umpama Kak Aishah dengan anaknya di depan bangunan KLCC, lihat blognya di
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/gajet-dalam-hidup-seorang-wahm.html
tersenyum seorang diri saya membacanya. Sekarang, saya boleh menjawab dengan yakin, kau tahu buat blog? Tahu!
http://online.wsj.com/media/mbh_02.jpg |
Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari. Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog. Whoops, jangan sampai anak menangis kita biarkan.
6. Masa - Masa yang sangat fleksibel. Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan. Laptop rosak. Komputer rosak. Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB. Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS. Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor.
Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus! Saya gunakan pula telefon jenama Samsung milik anak, alhamdulillah. Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4!
Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu. Tertekan sungguh. Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung. Si kecil dua orang tiada pula pengasuh. Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu.
Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak. Tanyalah cikgu saya. Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog.
Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa. Selain daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang adalah malaikat kiriman Allah dalam bentuk manusia. Membawa rahmat dengan izin-Nya.
Kalau anda belum menyertai kelas ini dan inginkan pengalaman senyaman dan seindah ini, tangan saya sentiasa terbuka menyambut kedatangan anda.
PM saya di fb atau tinggalkan mesej di ruangan komen.
Pendaftaran untuk September bersama hadiah percuma berupa E-Book daripada pengasas Akademi Bekerja dari Rumah, Puan Masayu Ahmad menanti anda.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D