teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google
Firman Allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Masjid As Salam PJS1/21 akan mengadakan majlis korban pada 15/10/2013. Jadi sekiranya anda berada di sekitar Taman Seri Sentosa, Taman Medan, Taman Seri Manja, Taman Dato' Haron, atau sesiapa jugalah yang berniat nak buat korban pada tahun ini dijemput menyertainya.
Anda boleh berhubung dengan saya untuk saya panjangkan kepada ahli jawatankuasa masjid. Mungkin anda teragak-agak nak buat korban macam saya ni. Dari tahun ke tahun asyik bertangguh sahaja. Tetapi teringat pula kata kawan saya, kalau nak buat baik jangan bertangguh. Sebab sebaik sahaja syaitan tahu niat akan menyucuk macam-macam. Macam-macam dibisikkannya.
tapi korban bukan ritual. saya tak suka orang tulis ritual korban. Korban itu taabudi. Allah yang suruh. Kalau Allah, pencipta kita yang suruh, dengar dan ikut sahajalah. Secara ringkasnya, korban dapat menguatkan ketaatan kita kepada Allah.
1. Dalam cara apa? Mengeluarkan duit untuk membeli bahagian korban. Berat nak buat tu kalau tak istiqamah. Menggeletar, menggigil kepala lutut semua ada. Dari sudut itu kita dah belajar korban perasaan untuk dapat pahala.
Ini juga simpanan tetap kita untuk akhirat. Jangan terkeliru dengan perkataan simpanan. Simpanan abadi adalah simpanan di akhirat.
2. Tambahan lain, menebus dosa setiap titis darah binatang yang kita korbankan diharapkan dapat membasuh dosa kita (insyaAllah)
3. Menjadi binatang tunggangan di titian sirat. Sebab tu syarat korban mesti binatang yang sihat, cukup umur dan beberapa syarat lain. takkan larat anak lembu nak bawa kita yang 'bagak-bagak' ni meniti titian sirat. Itu bagak jasad, belum kira bagak dosa!
Jika anda berada di luar kawasan ini, tetapi nak melakukan korban juga boleh hubungi atau PM saya di facebook. Resit akan dikeluarkan nanti.
Nilai RM satu bahagian korban ialah RM430.00
pihak Masjid As-Salam juga menganjurkan sembelihan aqiqah tetapi dengan jumlah yang agak terhad. Mereka mendahulukan ibadah korban. Fikir-fikirkan ya. Anda masih ada masa lagi. Berbincang dengan suami. Apa kebaikan yang mahu kita lakukan hari ini, esok dan hari seterusnya.
E-book di bawah akan menjadi milik anda PERCUMA sekiranya anda mendaftar di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page sekarang. Ada beberapa pakej menarik lagi untuk anda.
ingin beriklan dengan rangkaian blog kami? anda dipersilakan tanpa syarat tersembunyi, tanpa perlu masuk kelas. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
ebook pengasas Akademi Bekerja dari Rumah, Pn Masayu Ahmad |
Bibliografi
1. dalil Al Quran mengenai korban daripada http://gombak-farming.tripod.com/id2.html
2. Kelebihan mengadakan korban daripada http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/artikel-pilihan/439-ibadah-qurban-menurut-pandangan-islam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D