Monday 9 September 2013

Pengeluaran EPF - Kaedah Terbaik untuk akaun anda

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengeluarkan sebahagian caruman daripada akaun 2 KWSP sebenarnya rahmat buat para peminjam akaun pinjaman perumahan secara keseluruhannya. Ia termaktub di bawah Akta KWSP Seksyen 54 Bahagian VI


Terkini, pengeluaran juga boleh dibuat dibuat melalui portal e-pengeluaran (sila rujuk http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/e-pengeluaran

Berikut saya perturunkan beberapa kaedah pengeluaran pinjaman yang paling popular di Malaysia setakat hari ini.



1.  Advance payment -  peminjam mengeluarkan sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam akaun pinjaman perumahan.  Setiap bulan bayaran ansuran bulanan akan diambil daripada amaun tadi.  Analoginya begini;

Anda ingin menggali sebuah lubang di belakang rumah anda. (bukan lubang kubur!)  Dalamnya 100 meter.  Anda membeli 30 buah penyodok untuk tujuan itu. Anda simpan penyodok itu dalam stor di belakang rumah.  Setiap bulan, anda keluarkan satu penyodok untuk menggali sedalam 1 meter.

2.  Prepayment - sejumlah wang dikeluarkan daripada akaun KWSP untuk menyelesaikan sebahagian baki pinjaman.

Anda membeli 30 buah penyodok dan anda menggunakan kesemua penyodok itu untuk menggali lubang tersebut dengan kadar 1 penyodok : 1 meter.

3.  Advance payment - monthly withdrawal - peminjam mengeluarkan sejumlah wang tetapi pihak KWSP tidak mengeluarkan cek.  Pembayaran bulanan dilakukan terus ke dalam akaun pinjaman perumahan melalui online.

 Apakah pro dan kontra ketiga-tiga prosedur ini?  Menurut Puan Malini Subramaniam, eksekutif lepas Jualan Bahagian Pinjaman Perumahan di sebuah bank di sini, kaedah yang paling popular adalah kaedah pertama.  Ini kerana pelanggan hanya perlu mengisi borang untuk mendapatkan penyata daripada pihak bank.  Setelah selesai proses pengeluaran dengan pihak KWSP, cek akan dihantar terus ke bank oleh pihak berkenaan.
Puan Malini Subramaniam

 Pro Kaedah 1 :
Kesemua baki tertunggak akan ditolak daripada amaun tersebut dan lebihannya akan digunakan sebagai advance payment.  Pelanggan tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan yang kini diuruskan oleh pihak bank sehingga jumlah tersebut habis. (Dinyatakan di dalam Letter Indemnity yang ditanda tangani oleh pelanggan)

Dinasihatkan jika akaun anda sudah menghampiri garis merah (akan dilelong atau tertunggak dua bulan atau lebih) anda menggunakan kaedah ini.

Kontra Kaedah 1: 
 Keburukannya pula ialah, kaedah ini tidak mengurangkan kadar faedah pinjaman anda dan tidak memberi impak kepada tempoh pinjaman anda.  Maksudnya anda terpaksa melalui tempoh pinjaman yang panjang dan kadar faedah yang sama seperti yang termaktub di dalam Surat Tawaran.

Pro Kaedah 2 :

Anda menyelesaikan sebahagian daripada baki pinjaman anda (outstanding balance).   Bermakna ada sudah melunaskan sebahagian daripada pinjaman anda dan meningkatkan kadar pembayaran ansuran berbanding faedah.  (Faedah dikira berdasarkan baki terkini, apabila baki berkurangan, kadar faedah yang dikenakan juga berkurangan).

Anda telah mempercepatkan proses menyelesaikan pinjaman anda dengan membayar jumlah ansuran lebih banyak daripada faedah.  Tetapi, berjaga-jaga dengan lock in period yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.  Apakah dia lock in period?  Kita akan bincangkan pada entri akan datang.

Kontra Kaedah 2:
Anda mesti terus membayar ansuran bulanan daripada duit poket anda seperti biasa. Jika tidak, tindakan mahkamah akan dikenakan.  Tertakluk kepada syarat gadaian di dalam Surat Tawaran, harta yang menjadi gadaian akan dilelong.

Pro Kaedah 3
Sama dengan kaedah 1 hanya segala tunggakan seperti fire insurance, late charges, statement charges, tidak akan dibereskan.  Pembayaran hanya meliputi ansuran bulanan sahaja.

Kontra Kaedah 3
Sama dengan kaedah 1 ditambah pula dengan segala tunggakan harus anda selesaikan sendiri.

Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kedudukan kewangan anda.

Rujukan :
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/about-epf/epf-act/epf-act-reports#sec54

1 comment:

  1. sy ingin bertanyakan mengenai advanced payment..
    nk tya blh ke klu nk kuarkan epf akaun 2 utk bantu pasangan byr loan rumah selama setahun dan dlm tempoh tu gaji pasangan tidak dipotong selama setahun. ini utk government loan sbb kwn sy blh buat dr bank loan biasa. gaji bln tidak dipotong sbb advanced pyment.

    minta pencerahan dan amat dhargai.blh reply email sy
    norhasniabaziz@wou.edu.my

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung