RM30 termasuk caj pos hadiah misteri untuk pembaca bertuah |
Teks dan Gambar : Monalita Mansor
“Sarong Pekalongan? Apa benda tu?” Aku langsung mencapai iPad. ‘Apa lagi, Google lah!’ Sebelum dimarahi Tuk Andak, kerana ber- tanya terlalu banyak, itu dan ini sehingga semput nyawanya menjawab, lebih baik aku bersedia.
“Sarong Pekalongan? Apa benda tu?” Aku langsung mencapai iPad. ‘Apa lagi, Google lah!’ Sebelum dimarahi Tuk Andak, kerana ber- tanya terlalu banyak, itu dan ini sehingga semput nyawanya menjawab, lebih baik aku bersedia.
Setelah dapat
apa yang dicari, aku mem- bacanya perlahan-lahan. ‘Berasal dari tanah Jawa
dengan motif flora dan fauna. Banyak di- pakai oleh golongan Nyonya daripada
kelompok Peranakan bersama kebaya atau baju panjang.’ Aku menarik nafas. Sudah
mendapat maklumat, kononnya.
Mama
pula tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menguraikan semua tanda tanya yang
dimulakan lelaki sebaya dengan bapa mer- tuanya itu. Sejarah, asal-usul, cara
pembuatan mahupun etnik pemakainya sudah pun aku dapati melalui enjin carian
utama itu. walaupun begitu, Google tidak akan menceritakan secara terperinci bagaimana kain tersebut sampai ke dalam gobok hikmat arwah nenek!
“Kisah
cinta tak kesampaian ke, tuk?” tebakku.
Klise. Semasa
hayatnya, nenek adalah seorang wanita yang lantang. Tegas, ber- pendirian dan
satu perkataan yang paling mudah untuk menggambarkan dirinya ialah, degil.
Maka, aku tidak hairan kalau ada cerita yang tersirat yang membawa kepada
kehadiran sehelai Sarong Pekalongan berlatar merah jambu ke sini. Hanya aku
ingin tahu, semenarik manakah agaknya cerita itu? Adakah kisahnya setara dengan
kisah Ibu Mertuaku? Atau lebih sedih daripada cerita Ombak Rindu misalnya?
‘Haish!’ Aku tersenyum sendiri.
“Lebih
daripada itu. Melibatkan perseng- ketaan dua buah keluarga. Lama dah. Sebab
itu- lah moyang awak bawa kami pindah ke sini.” Tuk Andak menyilangkan jemari
di atas tongkatnya.
“Apa
jadi dengan kekasih nenek tu?” Terus aku
bertanya, bagaikan seorang pengarang yang sudah dapat menebak jalan cerita dan
ingin terus ke klimaksnya sahaja.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D