RM30 termasuk caj pos |
Teks dan Gambar : Monalita Mansor
“Aku kenal Zam sama seperti aku kenal kau. Takkan begitu mudah kau nak lupakan semua yang kita lalui bersama?”
“Aku kenal Zam sama seperti aku kenal kau. Takkan begitu mudah kau nak lupakan semua yang kita lalui bersama?”
“Haiza…please!” mohon Ellyta. Ada talian halus
yang menarik nuraninya. Sekaligus, ia me- nyemarakkan kenangan ketika bergelar
pelajar. Terutama ketika mencipta kasih di rantauan sambil mencorak impian
menuju jaya. Ellyta me- renung sayu bayi mirip Haiza itu. Seolah-olah ada pertanyaan yang memerlukan huraian panjang
daripada wajah paduan kasih Adib dan Haiza tu.
“Mama…jom balik.” Rengekan Airil tidak dipedulikan Ellyta. Wajah acuan Nahar itu
bagai- kan tidak wujud.
Ellyta
tersenyum pahit. Menelan liur. Zamani
dan kenangan adalah sesuatu yang sukar diusir pergi. Setiap kali melewati
daerah gapura Pantai Timur itu, pada waktu yang samalah, wangian kenangan itu
menusuk pem- bauan perasaan.
“Aku rindukan
segala-galanya, Haiza. Aku rindukan zaman kampus kita. Rindukan zaman anak dara
kau dulu. Kau ingat tak lagi, ‘kawad leher’ setiap kali bas kita naik lalu kat
Alor Akar?” Ellyta ketawa. Haiza juga.
Namun, ketawa
Ellyta sekadar menutup duka yang berarak datang menyelubungi jiwa- nya. Angin
petang bertiup perlahan menyapa wajah
kedua-dua mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D