RM30 termasuk caj pos hadiah misteri menunggu pembaca bertuah |
Teks dan Gambar : Monalita Mansor
Tidak mahu terlalu teruja meluahkan rasa bahagia kerana di sudut hati yang paling dalam, melepaskan diriku pada dia adalah keputusan yang paling sukar dan perit buatmu, perempuan. Maka, tak perlu aku berlebih-lebih tersengih atau ketawa ria seumpama memerah limau sekuat-kuat hati di atas luka yang belum nampak sembuhnya.
Tidak mahu terlalu teruja meluahkan rasa bahagia kerana di sudut hati yang paling dalam, melepaskan diriku pada dia adalah keputusan yang paling sukar dan perit buatmu, perempuan. Maka, tak perlu aku berlebih-lebih tersengih atau ketawa ria seumpama memerah limau sekuat-kuat hati di atas luka yang belum nampak sembuhnya.
“Janji, saya
dan mereka tidak diabaikan?” Kau mengenggam jemariku. Kuat, seakan-akan meminta
aku berikrar sepenuh hati. Lima pasang mata di depan menikam irisku. Membawa
erti yang rencam, sayu dan sukar.
“Kami semua
amanat, saya mohon abah ingat apa-apa juga ikrar abah dengan emak dulu.” Lelaki
muda yang seirasku itu seakan memberi amaran.
Aku tidak
menganggapnya kurang ajar kerana itulah letaknya peranan anak lelaki. Membela
keluarga dan memastikan maruah keluarga terpelihara elok sebagai pemimpin kedua
selepas bapa. Kau, perempuan, masih terus mengenggam tanganku. Malah kini,
kepalamu dilentukkan di bahuku. Manja sekali. Lelaki muda itu tersenyum. Begitu
juga dengan adik-adiknya yang lain.
“Jangan
lupakan kami, nanti. Selamat pengantin baru,” ujarmu, terus menyembamkan wajah
ke dadaku, basah bajuku dek air mata. Aku cuba memahami lantas meleraikan
kebimbanganmu dengan sekadar mengusap rambutmu.
Perempuan Tiga
“Awak pasti ke
ni?” Kau teragak-agak, meraba pasti daripada tindakanku meletakkan borang yang
aku bawa dari pejabat agama tadi.
“Yelah.”
“Boleh ke dia
terima saya?” Ragu terus merajai hatimu.
“Awak tak
percayakan saya lagi ya? Nak saya tunjukkan surat kebenaran ke?”
“Bukan…awak
kena faham. Keputusan ni berat buat saya. Saya bukan sahaja berkahwin dengan
awak, tapi dengan dua orang perempuan lagi dalam hidup awak.” Kau membetulkan
kedudukan hujung tudung yang sebenarnya tidak senget pun.
“Dulu…masa
saya tanya, awak kata awak tak kisah dimadukan?”
“Dulu…” Jari-jemarimu
mengais-ngais sesuatu di birai meja. Aku
biarkan sahaja, perang perasaan sudah bermula. Aku tidak mahu ikut campur.
“Kita nak
melunaskan…nak sempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Bukankah awak
sendiri yang bacakan petikan tu dulu. Syaitan, menanamkan jarum perosak ke
dalam diri anak-anak Adam melalui syahwat. Sebab itu, lelaki dikehendaki
kembali kepada isteri sekira- nya jika dia berkeinginan terhadap wanita di
jalanan. Saya hanya mahu kembali kepada fitrah, salah?” tanyaku.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D