RM30 termasuk caj pos Hadiah misteri menanti 3 pembaca bertuah |
Teks dan Gambar : Monalita Mansor
“Saya tak pernah ajar isteri saya berkurang ajar dengan mak dia sendiri.” Suara suamiku menusuk gegendang. Aneh, terus ke hati.
“Saya tak pernah ajar isteri saya berkurang ajar dengan mak dia sendiri.” Suara suamiku menusuk gegendang. Aneh, terus ke hati.
Diam. Kenapa
hari ini, sepanjang hari aku bercuti, hal perempuan itu sahaja yang harus dibicarakan?
Hebat sangatkah primadona ter- pinggir itu. Mahu sahaja aku meleretkan jari
mencari nombor telefon abang. Ingin aku adukan segala ulah terancang wanita
yang mengakui aku anaknya itu, tetapi tidak pernah sekalipun bersamaku
sepanjang waktu aku membesar.
“Dia yang
mulakan dulu. Saya cuma mengajar anak saya. Farah, anak saya.” Sengaja aku
tekankan tiga perkataan terakhir itu agar lelaki yang kugelar suami itu cepat
faham.
“Saya tak kata
pun Farah anak tiri, kecuali kalau awak teringin…” Entah ugut entah gurau, tapi
nyata ia kesasar dan tidak langsung mencuit, mahupun menakutkan aku. Pegun aku
berdiri di tepi pintu gelangsar bilik.
“Saya tak
nafikan, saya pun tak sukakan emak awak. Saya tak suka dia ada di sini, tapi
tak bermakna awak boleh buat apa yang awak buat tadi pada dia.” Suamiku
bersuara semula.
Perkataan dan
akuan yang acapkali bersenandung di telingaku. Dia sering merungut tentang
privasi, tentang hak memanjakan anak, seperti mana aku yang merungut kerana
seakan-akan kehilangan Farah. Farah lebih sayangkan ami-nya. Sikit-sikit ami.
Nak tidur, mahu tidur dengan ami. Nak ke mana-mana, mahu ami ada bersama.
Rimas, sungguh, aku rimas dengan kehadirannya bagaikan dilumur miang keladi
layaknya.
“Dia…eiii…menjengkelkan.
Awak tahu tak, annoying! Irritating!
Setiap apa yang dia buat, semuanya macam berpura-pura…awak tahu tak?” luahku.
Bukan kali pertama aku suara- kan.
“Tak tahu.
Saya dah malas nak ambil tahu. Hanya satu perkara yang saya nak beritahu. She’s your mother,” putus suamiku,
membuka baju kemejanya dan mencapai pelikat yang tergantung dan menghilang ke
dalam bilik air.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D