Thursday, 24 July 2014

Cadangan Waktu Perjalanan LLM

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Perang dunia ketiga dah nak mula! Hah? Ini bukan pasal perang di Gaza, krisis di Sabah, krisis Rohingya, Syria (semoga Allah mengampuni mereka dan kita, semoga mereka beroleh pahala syuhada, semoga kita beroleh pahala mendoakan mereka)

Ni pasal nak balik raya. Bagi pasangan baru berkahwin, kalau suami berkeras nak tengok muka emak dia, walaupun emaknya tinggal di sebelah rumah, kalau intai pun boleh nampak, banyak-banyaklah bersabar. Jangan ikut hati, Ramadan ni selain menduga kesabaran menahan lapar dan dahaga, ia juga menduga banyak perkara lain. Kadang-kadang pasal sampah, pasal kerusi, pasal kuali, pasal beg, pasal giliran balik raya lagilah banyak.

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, sudah kering air mata  memohon giliran bersalaman di Aidil Fitri pertama dengan mak dan abah sendiri, saya pohon anda banyak-banyaklah berdoa. Kan, Ramadan masih ada. Hey, Ramadan belum pergilah! Masih ada masa untuk Qiamullail, masih ada masa untuk solat hajat, mohon lembutkan hati si dia, masih ada masa untuk tahajud dan menadah tangan. Minta, dan minta. Anda tahu betapa hebatnya Ramadan itu? tahu kan? Maka, apa lagi. Teruskan berdoa. Itu kan senjata kita...

Bukan nak cerita apa pun, nak lampirkan jadual perjalanan aja. Kalau tengok, jadual ni tak melibatkan perjalanan ke pantai timur. Namun begitu, di Tol Gombak dan Karak tu memang pesta sepanjang Aidil Fitri ni.

Bagaimanapun, bagi yang memulakan perjalanan hari ni, ada baiknya mulakan dengan solat sunat dua rakaat dengan niat sunat musafir. Perbanyakkan doa, bertawakkal dan isikan perjalanan dengan zikir. Penat lidah berzikir, bukalah CD yang berkenaan. Doa musafir itu mustajab tau.

Ramadan Kareem. Wallah hu alam.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung