Thursday 22 October 2015

Mencari Ilham Dengan Jujur



Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Entri ini bukannya mahu menangguk di air yang sedia keruh. Senario penulisan pop tanah air tercalar lagi dengan kedangkalan tindakan sesetengah penulis yang menciplak karya penulis sedia ada secara terbuka dan berani.

Ada beberapa faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyebab. Namun, saya tak mahu menyenaraikannya. Biarlah mereka yang terlibat menjawabnya dengan alasan-alasan mereka.
Saya ingin mengongsi satu teknik penulisan yang digunakan oleh penulis ‘Anakku Brain Tumor’. Tapi, saya beritahu, kalau anda penulis yang nak buku/karya anda keluar cepat, tak perlu sambung baca. Sebab teknik ni agak Islamik. Apabila memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, ia banyak menuntut kesabaran.

Beliau memulakan penulisan dengan memilih surah di dalam Al Quran secara rambang. Kemudian, beliau akan membaca surah tersebut dan seterusnya menjadikan surah tersebut sebagai teman, sehingga beliau habis menulis. Begitu – lebih kurang.


Apa yang saya nak beritahu ialah, menulis bukan proses membakar kek. Membakar kek, siap dibancuh, dibakar boleh siap dalam masa sejam dua (atau lebih sikit kalau buat kek lapis Sarawak) Menulis memakan masa bertahun-tahun. Saya ulangi bertahun-tahun. Penulis itu sepatutnya orang yang penyabar. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung