RM30 termasuk caj pos 3 hadiah misteri menanti 3 pembaca bertuah |
Gambar dan Teks : Monalita Mansor
Dia cuba membaca dan menyelidiki Annisa melalui blognya. Malangnya, hanya pandangan dan pemikiran seorang guru taska terhadap dunia perguruan dan anak-anak comelnya yang tertumpah di situ. Annisa, tidak pernah sekalipun membenarkan apa-apa entri bersifat peribadi mengitari blog yang tidak berpagar itu.
Dia cuba membaca dan menyelidiki Annisa melalui blognya. Malangnya, hanya pandangan dan pemikiran seorang guru taska terhadap dunia perguruan dan anak-anak comelnya yang tertumpah di situ. Annisa, tidak pernah sekalipun membenarkan apa-apa entri bersifat peribadi mengitari blog yang tidak berpagar itu.
Annisa, masih anak
gadis Melayu Muslim yang tersembuyi dan tidak sekali-kali mahu berkongsi rahsia
dengan umum yang tidak diketahui niatnya. Suatu pemikiran yang terlalu jarang
kedapatan pada anak-anak seusianya di bumi kelahirannya sendiri atas nama hak
asasi dan kebebasan individu.
Sehinggalah hadirnya hari yang
dinanti. Dia sendiri yang menjemput Annisa di lapangan terbang. Meski wajah
suram anak itu bagai isyarat agar dia tidak terlalu meletak harapan tinggi,
Grace mengandaikan ia cumalah sebahagian daripada isyarat tubuh yang tidak stabil
disebabkan perjalanan jauh.
“Nisa mahu bersolat dahulu, atau
terus pulang sahaja?” Begitu terujanya Grace mengajukan soalan tersebut.
Meskipun ter- sentap, Annisa tidak memberi reaksi yang diharapkan Grace.
“Sudah. Dalam kapal terbang,” jawab
Annisa, acuh tak acuh. Grace mengangguk-angguk. Kemudian, dia kehilangan kata
lalu berjeda.
“Mama Yusnida, apa khabar?” tanyanya
kemudian sambil mencapai beg bertroli milik Annisa. Pantas Annisa mengambilnya
daripada tangan Grace, mengangkatnya susah payah dan memasukkan ke dalam but
kereta. Grace menanggalkan mafela yang melilit lehernya lantas mengalungkannya
di leher Annisa yang kelihatannya berpeluk tubuh dan sesekali menggosok-gosok
kedua-dua tapak tangannya. Nyata sekali dia kurang selesa dengan angin yang
meraikan kedatangannya ke tanah bekas penjajah itu.
“Baik,” jawab Annisa pendek. Sambil
matanya menjeling ke arah Grace yang berkaca mata hitam, masih ranggi dan
cantik dalam jeans dan baju-t yang
disalut kot labuh beserta kasut but separas lutut. Kereta yang tersenarai
sebagai mewah kedudukannya di tanah air itu, meluncur perlahan-lahan
meninggalkan kawasan parkir lapangan terbang.
Annisa menjeling dengan ekor mata melihat kekalutan
perempuan berwajah polos itu. Belum sudah-sudah membetulkan kedudukan sudu dan
garfu. Baru beberapa langkah ke ruang dapur basah, dia kembali ke meja,
menggaul-gaul hidangan di dalam mangkuk besar di tengah-tengah meja. Berserakan
wap panas muncul dan menyerbu wajah kedut perempuan itu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D