Wednesday, 16 October 2013

Tips Menulis Santai dan Permai - Gaya Cik Mon 2

teks :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian

artikel daripada monazman.blogspot.com yang bertarikh 26/1/2013
Mengapa Menulis

Sepasang jemari dah letak atas papan kekunci.  Jari telunjuk kanan dengan kiri pun dah bersedia nak mencatuk.  Tapi masih bingung nak menetapkan genre penulisan.  Umum, remaja, dakwah, professional, misteri, kanak-kanak.

Itu antara kekangan dalaman.  Che’ Mon sebut sekali lagi.  Kekangan dalaman.

Serupa macam kita sesat jalan.  hari dah malam. 
Minyak dah habis setangki.  Badan dah penat.  Ada seorang ‘mamat’ lalu.  Kalau tak ada kekangan dalaman, kita dengan ayunya melenggang lenggok pergi bertanya mamat tu mana arah sebenar kita.

Kalau dengan kekangan dalaman, hati dan otak bekerjasama merangka alasan. 
‘nanti mamat tu ingat aku hantu,’
‘entah-entah…mamat tu hantu,’
‘entah-entah…mamat tupun tak tahu tempat yang aku nak pergi ni…’ – ada banyak entah, ada banyak nanti!

Itu semua kekangan dalaman.  Walhal kita tak bertanya pun lagi.  Tapi kepala otak dah sibuk berprasangka.

Che’ nak kongsi antara kekangan dalaman yang menjadi momok buat seorang bakal penulis:-

  1. Nanti orang ketawakan aku – padahal bukannya kita pakai name-tag “Aku Penulis” di baju atau tudung kita.  Macam name-tag TUAN RUMAH masa kenduri tu…
  2. Nanti bekas pakwe/awek/klik/kawan sekolah/kawan kampus/kawan sama merempit baca.  Mereka tahu aku kutuk dia.  Si dia tahu watak itu sebenarnya mengutuk dirinya.  Tolonglah Cik kak dan cik bang.  Tak ada masa mereka nak ambil tahu hal bekas membekas ni kalau tak diberitahu.  Lagipun kalau mereka baca, biarlah.  Lihatlah dunia, aku bangkit daripada kegagalan lalu dengan sesuatu yang lebih baik.  Apa nak takut?
  3. Takut cerita tak best.  Orang tak nak like.  Orang tak nak komen.  Orang tak nak share.  Si A tak suka belum tentu si B tak suka.  Siapa kita untuk baca fikiran orang lain?  Tulis sahaja.
  4. Takut karya tak tersiar/ditolak.  Kalau tulispun taaaaakkkk,  hantarpun taaaaaak, macamana boleh tahu karya kita ditolak?  Adoiiii!
  5. Tak tahu nak hantar ke mana.  Seorang penulis kena rajin.  Rajin membaca.  Rajin menulis (tentunya) dan rajin menggodek-godek maklumat dalam dunia maya.  Di bawah ni Che’ Mon senaraikan alamat-alamat mereka yang Che’ tahu.  Banyak lagi sebenarnya,
http://ilham.karangkraf.com/

Komuniti E-Novel, Komuniti Novelis Amatur, Cintai Novel Malaysia, - antara page di laman facebook yang boleh anda gunakan untuk ‘test the flow’

  1. Takut digelak sampai tergolek-golek dek penulis senior.  Belum pernah lagi Che’ dengar orang mati kena gelak dek orang.   Biarlah.  Nak down sehari dua, silakan.  Tapi lepas itu, ambil muka dia atau karya dia dan BACA.  Cari kekuatan dan kelemahan dia.  Tanam azam untuk tulis lebih baik.  Kalau dia ada novel atau pernah tulis cerpen.  Kalau setakat gelak tong kosong, gelakkan dia semula.
  2. Takut dah tulis banyak-banyak, dah tersiar sana-sini orang tak kenal.  Kau guna nama samaran atau nama betul?  Jawab sendiri ya…
  3. Tak tahu nak tulis apa?  HADOI.  Balik pada tutorial sebelumnya.  Jangan fikir soal tema, soal genre atau soal teknikal lainnya.  Tulis dulu.  Atau macam nilah, cuba tulis karangan autobiografi ‘aku sebatang pen’ atau ‘aku sekaki payung’ atau apa-apa objek asalkan bukan manusia.  Dah siap?  Simpan sebulan.  Jangan baca-baca. Tapi kena buat hari-hari.  Kalau hari ni dapat sebaris.  Tak apa.  Esok buka dokumen baru. Kalau esok terfikir nak buat tajuk aku sekuntum bunga, misalnya buat tajuk baru. 

Wallah hu alam

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung