Thursday 17 October 2013

Memeriksa Kesihatan Kewangan Anda

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sebelum kita meneruskan sesi perkenalan dengan pasukan AKPK, ada baiknya anda jawab beberapa soalan di bawah untuk menguji taraf kesihatan kewangan anda.  Jawablah sejujurnya, mungkin sedikit sebanyak dapat mengukur kedudukan suhu kewangan anda sekarang, demam panas maksima, dedar sahaja atau anda sihat walafiat.


1. Adakah anda menggunakan bajet untuk urusan perbelanjaan bulanan keluarga?


  1. selalu
  2. kadang-kadang
  3. tidak pernah


2.  Anda buat perbandingan harga barang-barang di kedai sebelum membeli?


  1.  selalu
  2. kadang-kadang
  3. tidak pernah


3.  Kalau ada kos renovasi rumah atau pembaikan kereta besar-besaran, daripada sumber manakah kos itu ditampung?


  1. simpanan
  2. pinjaman
  3. tak ada


4.  Berapa kerap bayar lebih daripada amaun minima untuk kad kredit?


  1. selalu
  2. kadang-kadang
  3. tak pernah


5.  Bayaran kad kredit dan hutang lain melebihi 20% gaji?

  1. selalu
  2. kadang-kadang
  3. tak pernah


6.  Masalah kewangan punca utama anda bertekak suami isteri/adik beradik/keluarga?


  1.  tak pernah
  2. sesekali
  3. selalu


7.  Apa perasaan anda bila fikir kemampuan kewangan masa depan (mendepani keperluan kewangan pendidikan anak-anak, kesihatan, dsb)


  1. selesa
  2. risau juga
  3. sangat-sangat risau


8.  Pelan perlindungan insurans cukup tak untuk tanggung pendapatan keluarga seandainya berlaku apa-apa?


  1. cukup
  2. sebahagian
  3. tiada langsung


9.  Anda ada akaun pelaburan peribadi atau dana khas macam KWSP untuk simpanan hari tua dan tanggungan perbelanjaan hari tua?


  1. ya
  2. tiada
  3. tak tahupun KWSP untuk belanja hari tua.  Ingatkan sampai had umur nak keluarkan semuanya.


10.  Rasa-rasanya selesa tak mengenangkan ada KWSP sebagai jaminan simpanan hari tua dan tanggungan keupayaan kewangan pada masa hadapan?


  1. selesa
  2. agak risau
  3. sangat risau


Ada wasiat?


  1. ada
  2. tak ada 
  3. mesti ada ke?  ada orang cakap buat wasiat tu haram!


Jika jawapan anda kebanyakannya menjurus kepada nombor 1, bolehlah dikategorikan sebagai kewangan anda cukup sihat dan perlu dikekalkan.  Jika kebanyakannya 2 dan 3, bersama-sama kita berusaha menambahbaikkan kedudukan kewangan dengan meningkatkan ilmu serta melipatgandakan usaha agar kedudukan kesihatan keluarga dapat dipulihkan.

Salah satu cara memulihkannya ialah menyertai kelas Asas Blog dan Fan Page.  Anda akan diajar cara-cara berniaga online dan akan diberikan produk jika tidak mempunyai produk.  Yang penting usaha dan kemahuan.

e book ini anda dapat percuma di samping 3 e-book lain

soalan-soalan merupakan dapatan daripada laman web AKPK.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung