Wednesday 16 October 2013

Tips Menulis Santai dan Permai Gaya Cik Mon 5

Wednesday, 30 January 2013

Tip Menulis Ala Koboi - 5

Teks  : Monalita Mansor (daripada monazman.blogspot.com bertarikh 30/1/2013)
Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi

Che’ mon dah nak mula ke bab yang serius sikit.  Mana autobiografi ‘aku sebatang pen’ tu.  Bawa keluar.  Kita nak membedah.

Atau che’ bagi satu idea.  Anda mungkin sedang menjaki jipang tahan gaban dengan kawan-kawan sekolah/kawan sepejabat/jiran anda yang gediks, atau terhegeh-hegeh.  Luahkanlah rasa hati dan rasa kepala tu.

Sebelum che’ teruskan, che’ nak bagi tahu.
  Jangan salah anggap dengan paparan panduan ini. Che’ nak berkongsi dengan kawan-kawan yang baru nak belajar menulis.  SRT yang tak tahu nak buat apa.  

Bagi anda yang dah pro, kalau sudi baca, Che’ Mon ucapkan terima kasih.  Ini sekadar perkongsian kerana che’ tahu di luar sana ramai orang yang ingin kisah hidupnya diteladani ramai orang dan dibukukan.
Mereka mungkin ingin belajar dengan penulis-penulis terkenal tapi sang penulis sudah kehilangan waktu.  Mereka juga manusia biasa.  Bukan sombong, tetapi hidup sudah padat dengan kesibukan dunia penulisan mereka.

Ada kursus-kursus penulisan yang ditawarkan tetapi menuntut bayaran yang luar biasa lumayan.  Maka tips di blog ini, harapan che’ dapat memberi manfaat.  Ilmu milik Allah.  Bukan hak che’ untuk meletakkan sekian-sekian harga.  Sama-sama kita kongsi.

Che’ terpaksa juga kenalkan diri kerana che’ tahu kredibiliti che’ sekarang sedang dipertikaikan (walaupun di dalam hati).  Che’ bersangka baik dengan alasan Che’ Mon yang salah kerana tak perkenalkan diri.

Nama che’ kat atas tu adalah nama dalam ic.  Bukan nama samaran.  Che’ mula menulis pada 1989/90 dengan cerpen che’ yang pertama tersiar dalam majalah Remaja.  Tak salah che’ tajuknya ‘bagaimana harus aku membencimu.’  Masa tu che’ guna nama Atilla AM.

1991, Che’ mengorak langkah menghantar karya ke Dewan Siswa.  Tahun yang sama che’ terpilih mengikuti  minggu penulis remaja anjuran DBP.  Tok guru che’ pada masa tu ialah almarhum Pak Othman Puteh.  Antara geng-geng kelas che’ masa tu ialah Salina Ibrahim, Uthaya Sangkar, Roslan Jomel dan ramai lagi, pernah dengar nama mereka kan?

1991, 1992,1993 che’ menang hadiah sastera siswa kategori cerpen seperti yang anda dapat tengok antologinya kat sebelah kanan blog ni.  Pada tahun 1991 juga Pak Othman juga menyelenggara dua antologi dan cerpen che’ terlibat sama.  Lihat sebelah.

1994, che’ muncul dengan novel pertama bersama CESB tajuknya Seindah Lukisan Hati dan 1996 sebuah lagi judul juga bersama CESB bertajuk Dilema Hasrat.  Kedua-dua novel itu tak menjulang nama che’ kerana dangkalnya ilmu che’ dalam pemasaran dan kesibukan meladeni pengajian di pantai timur tanah air.  Dalam pada itu, che’ terus menulis cerpen dan kadang-kadang ke majalah.

Kemudian che’ mula tenggelam dengan kesibukan membesarkan keluarga tetapi sempat muncul dan menang dalam pertandingan menulis cerpen anjuran majalah Jelita dengan nilaian hadiah RM5k (lebih kurang) ketika itu. Masa tu 2007.

Karya terkini che’ dalam Seri Dewi dan Keluarga, Januari 2013 – ‘akulah jintan akulah halia.’  Juga di dalam majalah Wanita Januari 2013 – ‘sekeras waris, selembut sillaturrahim.’  Novel terbaru akan muncul pertama di alaf baru, insyaAllah.  Che’ juga sedang berjinak-jinak dengan penulisan rencana dan genre non-fiksyen untuk mempelbagaikan pengalaman.

Oh, ya che’ lulusan sains kesetiausahaan yang kini menjadi PM di rumah.  Sekarang rutin menulis che’ 3x sehari.  Waktu tak tetap tapi mesti 3x atau maksima 4x.   Tak kiralah menulis novel @ rencana@ catatan merapu.  Cerpen pula che’ tulis seminggu sekali.  Sajak sahaja yang che’ belum tahu nak selit di mana.  Sebab bagi che’ antara banyak-banyak penciptaan, proses mencipta sajak lebih memecahkan tempurung lutut daripada tempurung kepala!

Tekad che’ sekarang menulis untuk cari makan dan bukan lagi hobi.  Sambil itu nak berkongsi ilmu yang dipinjamkan Allah dengan orang lain gratis di blog ini. Che’ juga ada satu niat yang akan che’ naikkan di blog ini bila dah berjaya nanti.  Sekarang sedang kumpul bahan dan sedikit modal.

Dah, cukup.  Mari kita berbalik pada tajuk tema tadi.  Pak Othman Puteh (1992:19)  mentakrifkan tema adalah gagasan cerita, idea atau konsep pemikiran yang menjadi sarang atau jebak yang merangkum jalan cerita sepanjang proses penciptaan itu berjalan.
Ia boleh dinyatakan dalam satu perkataan seperti dendam, cinta atau misteri.  Tema boleh dirangkumkan dan difahami sepintas melalui tajuk (eksplisit) atau tersirat dan hanya dapat difahami bila kita membaca keseluruhan karya (implisit)

Cuba teka tema bagi novel-novel di bawah:-
Sunan Musafir                                   - 2012 Ramlee Awang Murshid
Harum Che’mpaka                          - 2009 Norhayati Berahim
A First Bite                                          -2011 Ruth Ames
First They Killed My Father          - 2000 Loung Ung
Impossible                                          - 2006 Danielle Steel
Seterusnya, anda dinasihat menggarap tema yang dekat dengan diri anda.  Jangan ambil risiko bercerita tentang bilik bersalin kalau anda tak pernah masuk atau tak pernah bersalin.  Oleh kerana ramai pembaca yang dah ada pengalaman bersalin dan pernah masuk ke bilik tu, mereka akan mengkritik kaw-kaw maklumat palsu anda.  Atau bagi silent reader, they will silenty leave you...

Begitupun, kalau anda memang pantang dicabar, teruskan. Tetapi lengkapkan diri dengan ilmu.  Mana nak dapat ilmu?  Membaca, meng goggle dan bertanya.  Juga kalau anda nak tulis tema yang klise, pastikan garapan idea anda segar dan panas dari ladang.

Sudah-sudahlah dengan plot berlanggar bahu lepas tu jatuh cinta, berlaga pintu, tak kiralah di pintu lif, pintu kereta atau pintu jamban. 

Seperkara lagi jika nak buat tema kekeluargaan/cinta yang ada slot intim-intim, hijabi dengan gaya bahasa yang cantik dan simbolik.  Jangan jadikan karya kita karya roman picisan.  Kosong dan tiada nilai.  Kalau pembaca menghidu bau lucah dalam karya kita, tak fasal-fasal kita menyebarkan dosa.  Apa nak jawab dengan Allah nanti.

Penulis wanita suka mengetengahkan tema keluarga dan cinta kerana itu yang dekat dengan diri mereka.  Tapi Faten Annur Abd Wahab sudah melarikan diri dengan menghasilkan Dendam Ratu Ular yang sedang hangat di blog Alaf21, Ilham.  Penulis lelaki, anehnya mempunyai  pandangan yang lebih tuntas apabila berkarya.  Salleh Kausari misalnya mengangkat tema cinta berbaur suspen dan banyak elemen kejutan dalam Roti Sherbetnya. Maaf tajuk penuhnya : Roti Butterscotch Sherbet Strawberi.

Cukup di sini dulu.  Kita sambung dalam topik tema – persoalan.

nota ni che' tamatkan di depan masjid As Salam semasa menunggu boyfriend yang paling handsome, Encik Azman.

*Persediaan Menulis Novel, 1992 Othman Puteh, DBP

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung