Saturday, 19 October 2013

AKPK Sebagai Pemudahcara

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Tidak dinafikan apabila terjerat dengan beban hutang, ada semacam detikan rasa untuk mengakhiri semuanya dengan cara yang mudah.  Hanya iman dan taqwa yang dapat membantu kita menguasai diri.  Ada bermacam-macam sebab orang berhutang, terpaksa, teraniaya, sengaja, tapi pada kebanyakan ketika, kita termasuk di dalam kategori terpaksa.

Tidak dapat digambarkan betapa gundah gulananya tatkala menerima surat cinta berkepala surat & Co, peguambela dan peguamcara.  Antara isinya ialah sila jelaskan jumlah sekian sekian atau anda dikehendaki hadir ke mahkamah pada...
itu belum ditambah dengan panggilan demi panggilan yang diterima sebelum kedatangan surat-surat tersebut.

Ke mana hendak diadu?  Ya, pertama sekali adukanlah pada Allah.  Pastikan anda mengadu dengan yakin.  Dengan sepenuh hati, yakin bahawa pengaduan orang-orang yang bersedih, tertindas dan takut akan didengar oleh-Nya tanpa hijab.


Kedua, kalau anda mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, adik beradik ataupun kawan baik yang sudah berjanji berkongsi susah senang, dapatkan bantuan mereka dahulu.  Bagaimanapun jika anda merasa malu atau terasa malu, ada satu lagi alternatif yang boleh membantu.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit adalah biro yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu para penghutang melegakan sedikit masalah mereka.  Opss... jangan tersilap,mereka tidak akan memberikan bantuan kewangan.  Bantuan yang diberikan berupa khidmat nasihat dan kaunseling kewangan dan percayalah, mereka tidak akan menuding jari atau ketawa kerana anda bakal muflis.

Apabila anda sudah ternampak bibit-bibit ketidakmampuan untuk melangsaikan hutang, jangan tunggu sehingga surat cinta daripada syarikat kewangan mahupun 'bapak atau puan peguam' tiba.  Terus bertindak. 
Hubungi AKPK di talian 1-800-88-2575.  Mereka akan menerangkan tatacara mendapatkan bantuan kaunseling AKPK. 

atau anda boleh terus ke Unit Kaunseling AKPK tingkat 8 Maju Junction Mall.  Kalau anda berkereta sendiri terus sahaja ke tingkat tersebut kerana ia berhadapan dengan lot parkir tingkat 8 Maju Junction Mall.  Perkara pertama yang akan diminta ialah data kewangan anda.  

Anda boleh terus mencetak penyata CCRIS di kioks BNM di sana.  Selepas itu anda akan diminta menyerahkan penyata kewangan terkini daripada bank-bank pemiutang menggunakan format AKPK yang telah ditetapkan.  

Selepas itu, majukan kepada mereka dan selepas penelitian, kaunselor AKPK akan mengaturkan sesi kaunseling yang berlangsung pada hari bekerja, kebiasaannya.  

Jangan takut untuk mendekati AKPK.  Hutang umpama kudis, jika dibiar tanpa ubat, akan melarat, berair dan menanah.  Silap haribulan memakan diri.



Kelas Asas Blog dimulakan dengan analisis untuk mengenali kepakaran dan minat anda.  Kemudian, penilaiaan akan dibuat dan anda akan diberikan bersesuaian dengan kehendak dan minat anda.  Jadi, segalanya berlangsung di atas kesungguhan dan minat.  Hasilnya sangat membahagiakan.

Cubalah kalau tak percaya.


No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung