Wednesday, 9 October 2013

RM22.50 - Nilaian apa?

Teks    : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sebaik tiba dan enjin kenderaan dimatikan, saya mendengar siaran langsung majlis akad nikah di masjid kariah Kg Desa Bakti Mentakab, kampung tempat saya membesar.  Upacara itu boleh didengar jelas menerusi pembesar suara masjid dan berkumandang di seluruh kampung.

"Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya 22.50 tunai..."

"Hah?  22.50?"  saya terjerit.

"Kenapa?"  tanya si dia yang pernah bersalam dan melafaz qabul dengan amaun yang sama.

"Dah 16 tahun, takkan tak naik-naik!"

"Dah Pahang punya 'calculation' tahap tu aje, nak buat macam mana?"  kata si dia.

Saya terdiam.  22.50 nilai seorang dara di Pahang?  Seingat saya di beberapa negeri lain sudah dinaikkan.  Saya memang tak puas hati.  apa yang dapat dibeli dengan nilai RM22.50 sekarang?  Harga beras Siam wangi 10 kilo pun lebih daripada itu.  Takkanlah harga seorang isteri yang bakal jadi teman tidur , bakal jadi ibu zuriat kita, bakal jadi nenek kepada cucu kita, bahkan mungkin teman seliang kubur hanya sebanyak itu?

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."

Saya tidak menolak sabda Rasulullah seperti di atas, langsung tidak.  Cuma persoalannya sebagai lelaki yang berkemampuan, boleh membelikan segala macam hantaran berjenama, boleh membayar wang hantaran menggunakan bankers cheque sebab terlalu banyak angka kosongnya, mengapa tidak bersuara untuk memberikan lebih sedikit?  RM225.00 atau tambah lagi satu kosong di belakang?

Apa nilaian sebuah cinta wanita di mata seorang lelaki?  Mas kahwin adalah milik mutlak wanita.  Wanita yang bakal mengorbankan kegadisannya untuk seorang lelaki, mengorbankan ketaatannya yang beralih daripada ayah kepada suami, wanita yang akan mengorbankan dirinya demi lelaki yang dicintainya!
Adalah tidak patut membayar wanita yang bersabung nyawa melahirkan anak-anak secomel ini dengan nilaian sebegitu

Saya sangat tak puas hati.  Sangat tak puas hati!


Kelas Asas Blog terus dibuka dan mendapat sambutan hangat.  Anda juga boleh menyertai kehangatan tersebut dengan menghubungi Monalita Mansor di facebook atau e-mel monalitamansor@gmail.com

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung