Wednesday, 9 October 2013

Idaman Selepas Pencen

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.
tak dapat nak bayang Cik Mon berjubah bagai membonceng 'bike' macam ni?

Ingat tak lagi catatan saya mengenai idaman hati, sebuah Naza Blade berwarna putih, berdesup membelah kesurupan trafik yang tidak pernah surut di bandaraya?

Hari itu, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, melalui Lebuh Raya Karak yang cantik-cantik selekohnya, lurus mendatar licin tanpa lopak, tinggi rendah seakan roller coster jalarannya (biarpun tak sehebat roller coster Jalan Triang-Bahau) si dia mengungkapkan yang manis-manis tentang hari persaraan yang bakal menjelang beberapa tahun lagi.

Perkara yang bakal dia lakukan, katanya (umur persaraan saya lewat sikit)

1.  Pergi haji/umrah
2.  Beli sebuah Naza Blade, ronda satu Malaysia dalam perjalanan bertemakan melancong sebagai ibadah. 
     Senyum melakar di bibir saya, tak sudah-sudah.  Membayangkan saat itu, ketika anak-anak sudah mula     memikirkan untuk memulakan kehidupan mereka sendiri.  Kami menikmati hari tua dengan cara kami (dengan izin-Nya)  Alangkah indahnya ketika itu, setiap persinggahan akan menyumbang satu catatan untuk blog kesayangan saya ini. 

Wah! seronoknya. 

Seronok kan berkongsi mimpi sebegini.  Anda juga boleh kalau mempunyai blog dan mempelajari teknik-teknik menulis entri di blog secara konsisten.  semuanya di kelas asas blog dengan menghubungi saya Monalita Mansor di facebook.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung