Friday, 11 October 2013

Hari Ini Hari Apa?

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Nampak seperti saya menyepi dari berblog sehari dua ni kan.  Alhamdulillah, jika kesibukan ini dikira rezeki tak terduga kiriman Allah, saya menerima sebaiknya.  Apa yang sibuk benar?

Ada beberapa tugasan yang sudah dan sedang dalam proses melunaskan.  Persiapan bengkel asas menulis yang mana saya salah seorang daripada admin grup tersebut, menyiapkan tiga kertas tugasan sepanjang lima muka surat, menukang manuskrip baru, memurnikan manuskrip lama untuk ditambah muka surat lagi, membelek-belek manuskrip kawan-kawan yang meminta pendapat (mana yang saya termampu), semalam, bertemu sahabat baru, berbual perkara dunia akhirat mengenai novel multimedia, kerja-kerja rumah seperti biasa dan malam adalah masa untuk diri sendiri dan keluarga.  Itupun tidak sepenuhnya juga.

Inilah dunia saya sekarang dan saya menikmatinya dengan nyaman sekali.  Dunia seorang WAHM SOHO.  Menghadap note book, berlari-lari di laman sosial tetapi dalam masa yang sama, rezeki tetap memihak kepada diri.  Alhamdulillah.

Oh ya, hari ini, 17 tahun yang lepas adalah tarikh pertunangan saya.  Senyum tak putus mengenang saat itu, semuanya saya lakukan sendiri.  Daripada membeli barang hantaran, sampailah kepada mengubahnya, dengan bantuan kawan-kawan jugak...Aduh manisnya saat itu untuk dikenang, terngiang-ngiang lagu-lagu Bon Jovi, Always bukan Sweet Child of Mine yang melatari era itu, juga 25 Minutes dendangan Michael Learns To Rock ketika kami menghabiskan masa di pinggir Sungai Pahang, sesekala bertemu.

klik untuk layan 25 minutes
Sempena hari ulangtahun pertunangan ni, kelas Asas blog sebenarnya menawarkan diskaun RM20.00 kepada sesiapa yang mendaftar tau.  Tapi bukanlah kerana hari istimewa saya, memang ada tawaran menarik untuk pra- Aidil Adha ni.

Jemputlah mendaftar.  Mana tahu, dengan izin-Nya, nasib anda berubah.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung