Sunday, 6 October 2013

Langkah-langkah Awal Sebelum Kereta Ditarik


Teks  :  Monalita MansorGambar: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Bismillah.  

"Lah, Cik Mong...tak habis-habis dengan cerita kereta kena tarik lagi?  ceritalah yang something happening daripada cerita ni."

"Happening korok mung! kala aku dok citer macam mane mung seme nok tahu.  Doh kala dok tahu guane nok amik tindakang?" 

Dialog di atas, Cik Mong cipta sendiri.  Kalau bunyinya tak macam Terengganu, maaflah.  Cik Mong bukang orang Ganu.  Cik Mong orang Pahang.  Jiran-jiran aje ramai orang Ganu dan Kelate.  

Sebelum penyewa dikejutkan dengan kehadiran penarik kereta, beberapa perkara berikut sepatutnya berlaku terlebih dahulu,


  1. Penyewa akan menerima Notis Jadual Keempat.  Notis bertulis 21 hari yang mengatakan niat suci murni syarikat kewangan ingin menarik kenderaan tersebut.  Di dalam istilah perbankan dipanggil Fourth Schedule Issued
  2. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas itu seandainya bayaran tidak diterima.  Hasrat yang sama akan dinyatakan oleh syarikat kewangan.  Di kalangan kakitangan bank, ia digelar RO Issue.


KEDUA-DUA NOTIS INI DIHANTAR SECARA POS BERDAFTAR ATAU SERAHAN SENDIRI KE ALAMAT TERAKHIR YANG TERDAPAT DI DALAM REKOD SYARIKAT KEWANGAN. PENTING! UNTUK ANDA MENGEMASKINI REKOD-REKOD TERKINI ANDA DENGAN SYARIKAT KEWANGAN.  

Jadi, sebaik sahaja penyewa menerima notis tersebut, bayaran tertunggak di dalam notis Jadual Keempat itu hendaklah dilunaskan sebelum luput 21 hari.  

ATAU

penyewa boleh memulangkan kenderaan tersebut secara sukarela kepada syarikat kewangan sebelum tarikh luput 21 hari berakhir (seperti di dalam notis Jadual Keempat).  Begitupun, anda masih perlu membayar baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.  

Penarikan kenderaan bermotor akan dibuat bila-bila masa selepas luput 21 HARI seperti yang termaktub di dalam notis Jadual Keempat.  

Alangkah berharganya jika pengalaman sebegini anda dapat kongsikan dengan orang lain.  Setidak-tidaknya satu hari nanti, ia dapat membantu seseorang di luar sana menyelesaikan masalah mereka.  Wah! bagusnya dapat menolong orang tanpa mengeluarkan sesen pun.  Semua orang mahu begitu.

Anda tak mahu?  kalau anda mahu, sertai kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang.  Atau, jika anda memang gifted sebagai taukeh, tapi tak tahu beriklan, boleh juga memilih pakej iklan yang ditawarkan oleh grup WAHM SOHO.

Cuba hubungi saya Monalita Mansor di facebook.  Mana tahu, kepakaran anda mampu mengubah nasib keluarga?

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung