Friday, 11 October 2013

Kontrak Sewa Beli bukan kontrak Kasih Sayang

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar:  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan portfolio HP (Hire Purchase), sewa beli di dalam Bahasa Malaysia, kes yang paling biasa saya terima ialah kes pembiayaan semula pinjaman akibat jual beli dengan pihak ketiga.

Pada kebanyakan ketika, penyewa menjual kenderaan kepada pihak ketiga tanpa membuat penukaran nama dengan alasan perkara tersebut akan dibuat kemudian, atau alasan lain seperti kekangan kewangan dan kepercayaan atas dasar persaudaraan atau persahabatan.  

Pembiayaan semula pinjaman sebenarnya melibatkan beberapa kos tersembunyi yang harus difahami betul-betul oleh penyewa.  Banyak kali berlaku penyewa menjangkakan pinjamannya sudah langsai tetapi masih diburu pihak syarikat kewangan akibat kos-kos lain yang tertunggak. 

Maka, nasihat saya, sekiranya anda ingin menjual kenderaan kepada pihak ketiga, pastikan penukaran nama di dalam geran dibuat terus dan dimaklumkan kepada pihak bank untuk mengelakkan masalah-masalah demikian berlaku.  

Saya sudah mulai merasai keindahan menikmati pendapatan pasif semenjak menguasai beberapa ilmu bantu dengan menyertai kelas asas blog dan penulisan anjuran Akademi Bekerja dari Rumah di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad, penulis, blogger, usahanita yang pada masa yang sama adalah suri rumah sepenuh masa.

Jika anda ingin melakukannya seperti saya, sekadar duduk di depan note book tetapi duit masuk tanpa perlu keluar rumah, anda boleh hubungi saya di facebook.  - Monalita Mansor.  Ingat nama tu.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung