Wednesday, 9 October 2013

Hak Syarikat Kewangan Terhadap Harta Yang Ditarik

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sekiranya situasi sudah tidak memihak kepada anda dan kenderaan anda sudah ditarik oleh syarikat kewangan, DAN anda gagal untuk membayar balik jumlah yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima yang sudah tamat tempoh selepas 21 hari pastikan syarikat kewangan tersebut melakukan prosedur-prosedur berikut;

  1. Lelongan awam - syarikat kewangan berhak menjual kenderaan tersebut tetapi perlu memberi satu salinan notis lelongan awam tersebut 14 hari sebelum tarikh lelongan
  2. Jualan terus atau opsyen lain yang difikirkan sesuai.  Syarikat kewangan perlu memaklumkan kepada anda mengenai apa juga bentuk transaksi yang dirasakan perlu untuk mendapatkan semula jumlah kerugian yang ditanggung oleh mereka. 

Baki hutang (jika ada) selepas lelongan kenderaan masih perlu dilunaskan oleh penyewa dan penjamin, begitu juga kos-kos yang berkaitan dengan lelongan tersebut.

Kita memerlukan kenderaan untuk memudahkan pergerakan, sebagai sarana untuk mencapai kesenangan di dalam hidup.  Kita juga memerlukan kenderaan yang sama untuk memudahkan pergerakan kita di akhirat, kerana itu ibadah Qurban menjadi sandaran bagi tujuan itu.  


Untuk mencapai kedua-dua tujuan itu, anda tentu memerlukan sumber kewangan yang membolehkan anda melaksanakan kedua-dua kehendak tersebut.  Menjana pendapatan pasif adalah salah satu tujuan kelas Asas Blog dan Fan Page diadakan, dengan nilai korban ringgit yang sangat minima.  Itu sahaja.  Anda tidak perlu mengorbankan masa dan tenaga kerana kelas dijalankan secara online dan masa yang fleksibel mengikut kesesuaian masa anda.  

Kelas masih dibuka sehingga akhir tahun, hubungi Monalita Mansor jika anda berminat untuk masuk kelas.  

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung