Tuesday, 26 August 2014

Perbezaan Cerpen dan Novel




novel dalam pelbagai genre
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti, dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen bermaksud cerita pendek. Ada juga istilah cerkon : cerita kontot/cerpen kontot, cerpan : cerpen panjang, cerpen bersiri tetapi itu semua istilah. Di dalam dunia penerbitan karya fizikal, buat masa sekarang, hanya tiga konsep karya yang diketengahkan; cerpen, novelet dan novel.

cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. Kriteria cerpen adalah seperti berikut;

1. Maksima 10 muka surat (lebih kurang 2000 patah perkataan) - bagi cerpen kanak-kanak 4 muka surat
2. Kebiasaannya menggunakan sudut pandangan orang pertama, aku, saya, 
3. Wataknya kurang daripada 4
4. Latarnya terhad
5. Plotnya ringkas (hanya 1) dan pantas (pengenalan/konflik/twist/peleraian)

Novelet pula berada di antara cerpen dan novel. Kriterianya ialah jumlah perkataan yang diperlukan iaitu sekitar 20 000 patah perkataan. Tak perlu kira, aplikasi Words tu kan ada perisian Count Word. 

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200-250 dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat. 

Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah dan ia disebut pula novel bersiri. Istilah cerpen bersiri, pada pemahaman saya adalah novel atau novelet pada akhirnya, sebaik kisah di dalamnya ditamatkan.
Diharapkan catatan ringkas ini memberi sedikit pemahaman kepada anda mengenai kedua-dua subjek tersebut. 

Jika anda ingin menyertai kami di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif, jemput PM ataupun whatsapp 011-19737269 atau emel : monalitamansor@gmail.com
cerpen yang dikumpulkan dan dijadikan kompilasi

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung