Saturday, 7 September 2013

Sejarah Skim Perbankan Islam

http://www.rumahzakat.org/
Teks      :  Monalita Mansor

Institusi simpanan dan perbankan sudah wujud semenjak zaman sahabat Nabi S.A.W. lagi.  Dicatatkan oleh Ibn Sa'ad menyatakan bahawa Al Zubair al 'Awwan telah diminta oleh orang ramai untuk menyimpan wang mereka.  Lalu sahabat Rasulullah itu meminta para penyimpan menyimpan atas dasar pinjamm dan bukan lagi wa'diah (simpanan) kerana bimbang simpanan tersebut akan hilang.


Rentetan daripada keputusan Al Zubair itu, jumlah simpanannya semakin bertambah sehingga mencecah 2 200 000 dirham.  Ada penulis yang menggelarkannya sebagai Bank Zubayr.  Al Zubair telah menukar konsep al wadiah iaitu simpanan kepada pinjaman di mana memberi lampu hijau kepadanya untuk dilaburkan dan keuntungannya digunakan untuk membeli aset.

Begitu juga urusniaga credit transfer yang dilakukan oleh Ibn Abbas r.a yang mengambil wang perak di Makkah bagi membawanya ke Kufah dan Abdullah bin Zubayr merekodkannya dan memindahkannya dari Kufah ke Makkah lalu ke Iraq.
http://1-million-dollar-blog.com/

Jika anda tidak lupa, Rasulullah S.A.W juga pernah diamanahkan untuk menyimpan harta penduduk Makkah atas kepercayaan terhadap sikap amanah baginda sehingga baginda digelar Al Amin.

Kesimpulan
Perkhidmatan perbankan selagi tidak melanggar peraturan syariah adalah amat diperlukan di dalam masyarakat.  Para ulama juga sepakat bahawa urusan di dalam kewangan Islam yang tidak bercanggah dengan hukum agama Islam adalah dialu-alukan.  Dan, sebagai muslim pula, menjadi kewajipan kepada kita untuk mengimarahkan produk perbankan berteraskan SPI untuk kepentingan ekonomi umat Muslim secara keseluruhannya. 

Rujukan : Zaharuddin Abd. Rahman, Panduan Perbankan Islam, Kontrak dan Produk Asas Telaga Biru Sdn Bhd, 2009

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung