Thursday, 5 September 2013

Payung, Hujan dan ATM

Teks     :  Monalita Mansor


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Mesej OUT OF SERVICE yang terpapar di dada mesin ATM tatkala kita sangat terdesak menggunakan tunai memang menyakitkan hati.  Lebih-lebih lagi, itulah sahaja mesin yang ada di pekan tersebut.  Hari semakin lewat, esok masih lagi cuti umum atau cuti hujung minggu.  Tangki minyak tinggal setakuk.  Waktu itu perasaan ingin membakar mesin tersebut berkobar-kobar!
kredit: www.infolanka.com



Pada pra-Syawal yang lalu, saya telah menaikkan status mengingatkan sahabat dan kerabat di laman Facebook agar mengeluarkan tunai sebagai langkah berjaga-jaga tatkala mendepani situasi di atas.  Pada hujung minggu atau cuti umum kebiasaannya trafik pengeluaran tunai di mesin ATM juga akan meningkat.
www.elcivics.com

Lebih-lebih lagi jika mesin tersebut terletak di dalam pekan kecil.  Itulah badan, itulah nyawa, bak kata penyamun dalam Nujum Pak Belalang.  Kebiasaannya juga masalah teknikal lain seperti resit habis, duit habis, black-out, offline juga masalah luar jangka lain akan berlaku dan tidak mungkin diselesaikan pada hari yang sama (walaupun ada sesetengah bank menyediakan pasukan teknikal out-source)

JADI,

menjelang hari Malaysia yang akan datang, walaupun di tengah bulan, pastikan anda mengeluarkan sedikit simpanan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan cuti panjang dan anda tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku.
http://images.fineartamerica.com
sediakan payung sebelum hujan.

Catatan Sambil Menonton Wayang Bisu

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung