Sunday, 1 September 2013

Kabus Atau Jerebu di Jelebu

Teks     :  Monalita Mansor Gambar:  Koleksi Peribadi


Asaalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Ini gambaran wajah pagi di sebuah perbukitan tanah Jelebu bernama Kampung Petaseh Hulu.  Paginya penuh nyaman dengan kabus yang umpama kapas tersangkut di pepohonan.



Memberi ruang-ruang oksigen agar udara segar kurniaan Illahi dapat dikongsi tanpa kompromi.
Ia mengingatkan saya pada pencerahan daripada Prof. Muhaya Mohamad dalam slot Tanyalah Ustazah beberapa hari lepas.

Beliau mempersoalkan tentang udara yang kita kongsi yang sentiasa mencukupi walhal manusia sentiasa memenuhi setiap sudut muka bumi.

Bagaimana jika Allah menetapkan satu hukum yang setiap makhluk hanya boleh menghirup setabung oksigen sahaja sehari?

Bagaimana perasaan kita tak dapat mengongsi ilmu yang baik sedangkan kita sangat menginginkannya?
Sengaja, mengajak kawan-kawan SRT merenungkannya.

Catatan Sambil Menghirup Udara Pagi (10)

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung