Thursday, 5 September 2013

Kad ATM vs Kad Debit

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kad-kad plastik yang saya namakan di atas memang sinonim dengan anda bukan?
  Cuma ia berbeza pula dengan kad hutang atau kad kredit yang tidak memerlukan anda mempunyai dana mencukupi di dalam akaun sebelum digunakan.

Apakah persamaan Kad ATM dan Kad Debit?  Untuk pengetahuan anda, sejajar dengan proses transformasi perbankan, seingat saya sudah hampir semua bank di Malaysia mengeluarkan kad debit bagi menggantikan kad ATM.

Persamaan kedua-duanya ialah:  kedua-duanya boleh digunakan untuk 'menjolok dinding' bagi mengeluarkan wang.  Kedua-duanya dikeluarkan oleh bank-bank komersial dan bukan komersial.

Yang manakah lebih relevan untuk kegunaan hari ini ditambah pula dengan kepesatan dunia tanpa sempadan yang memungkinkan juga penyangak maya berfikir satu langkah di depan kita.

1. Kad debit hanya ditambah fungsi yang membolehkan ia digunakan untuk mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM yang mempunyai logo VISA atau MASTER.  Jadi, sekiranya anda berniat untuk melancong, keperluan untuk membawa tunai di tangan boleh diatasi dengan kad debit.

2.  Anda juga boleh membuat pembelian terus menggunakan kad debit tanpa risaukan penyata yang datang pada hujung bulan.  Yang perlu anda risaukan ialah sama ada baki anda mencukupi dan tidak melangkaui had pengeluaran untuk transaksi debit terus.

3.  Perlu diingat bahawa had pengeluaran tunai di mesin ATM dan had pengeluaran transaksi debit terus adalah dua hal yang berbeza.  Jadi sekiranya had pengeluaran tunai anda adalah RM5,000.00 dan had transaksi debit terus adalah RM1,000.00 maka anda hanya boleh mengeluarkan tunai sebanyak RM5,000.00 sahaja dan selebihnya gunakanlah kad debit anda untuk dileret atau disentuh pada mesin pad debit/kredit di kedai berkenaan.

4.  Bagaimana membezakan fizikal kad debit?  Kad debit biasanya mempunyai logo VISA atau MASTER tetapi tidak mencetak nama pemegang kad di atasnya.  (Kecuali beberapa bank yang mencetak nama pemegang akaun di atas kad)

5.  Manakala kad ATM pula hanya mencetak perkataan bankcard/MEPS sahaja.

6.  Prosedur lain seperti pengeluaran wang, pembayaran bil, transaksi online, pemindahan dana adalah sama dengan fungsi kad ATM sebelumnya.  Bagaimanapun, bagi had pengeluaran, anda dinasihatkan untuk mengambil tahu dengan jelas supaya tidak terkeliru dan menjadi isu untuk bertekak dengan jurujual di kedai kerana mesej 'do not honour' walaupun anda tahu di dalam akaun anda ada dana yang mencukupi.




Catatan Selepas Menidurkan Al Fatih Ithqan Muhammad Hafiz dan Effendy Ferdinandus



No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung