Thursday, 5 September 2013

Pukul 12.00 Malam, Jangan Cari Fasal!

www.hlb.com
Teks     :  Monalita Mansor


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kata orang-orang tua, jangan merayau sampai jauh malam.  Tengah malam waktu hantu syaitan tengah berdendang.  Namun, di era millenium ini waktu bekerja seseorang individu dengan individu yang lain berbeza.  Ada orang yang baru sahaja masuk kerja pada jam dua belas malam, atau baru sahaja menutup perniagaan pada waktu itu.

Ada yang baru sahaja hendak memasukkan wang pada waktu itu.  Berlainan kalau kita menjalankan bisnes online seperti sahabat-sahabat serumahtangga saya ini.  Begitupun ada pantang larang yang harus dipatuhi pada jam 12.00 malam dalam menjalankan proses perbankan.

Jika boleh, elakkan transaksi pada sekitar 11.45 malam sehingga 1.00 pagi.  kenapa?  Adakah hantu syaitan sedang berdangdut di mesin ATM/CDM/CQM?  Atau ada jin pakai toncet yang mengintai anda sedang menekan TAC request di medan perbankan online?

Tidak.  Jam 12.00 malam adalah waktu rasmi perbankan yang digelar Turn Around Time.  Pada waktu ini, semua transaksi automatik akan berlaku seiring dengan detakan jam.  Pada waktu ini, dana di dalam akaun anda akan didebit (ditarik) untuk pembayaran cek.  Pada waktu ini juga, dana akan dimasukkan ke akaun anda terutama sekali transaksi yang melibatkan proses pembayaran intra-bank (antara bank)

http://utubemalaysia.com/files/thumbs/13627280483e441.-big.jpg
Anda cuba bayangkan berada di simpang empat yang sibuk tanpa lampu trafik dan polis trafik.  Semua kenderaan mendudu-dudu menuju ke destinasi masing-masing.  Seboleh-bolehnya, elakkan untuk berada di dalam dimensi sibuk ini, ketika itu.

Banyak laporan dan aduan tentang ketiga-tiga mesin itu berlaku ketika waktu puncak ini.  Laporan yang paling popular ialah

1.  amaun dalam akaun ditolak tetapi tunai tidak diperoleh (undispense cash)
2.  amaun dalam akaun tidak ditolak tetapi tunai diperoleh
3. cek tidak dimasukkan ke dalam akaun
4. amaun yang dimasukkan ke dalam mesin berbeza dengan penyata
5. transaksi tergendala - bagi pengguna online tetapi salah satu perkara di atas berlaku



Maka, seboleh-bolehnya, elakkan melakukan transaksi ketika jin toncet sedang mabuk-mabukan untuk mengelakkan masalah-masalah seperti di atas.  (sebenarnya ada banyak masalah yang tidak anda terfikirkan boleh berlaku kerana kita berurusan dengan mesin, bukannya manusia)

* ATM - mesin Automatic Teller Machine
* CDM - Cash Deposit Machine (mesin deposit tunai - sila jangan cucuk kad anda ke dalam mesin ini untuk mengeluarkan wang.  Meski ia kelakar, ia kerap berlaku!)
*CQM - Cheque Deposit Machine -mesin untuk masukkan cek.  (Sila beratur di mesin CDM untuk memasukkan tunai - maaf ia juga berlaku, tak tahu kenapa)

Catatan Sambil Mendengar "Don't Be Cruel, Elvis Presley

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung