Sunday, 1 September 2013

Extra Miles Service - Inisiatif Berbisnes

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam serumahtangga.
Gambar yang anda lihat ini adalah puyuh salai yang boleh didapati di Pasar Pagi Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Harganya berpatutan, mengikut saiz, di bawah RM5.00 seekor.  Masakan yang sinonim dengannya adalah masak lemak cili api.
Apa kaitannya puyuh salai dengan tips kewangan saya?

Dua pemuda yang kelihatan kemas (walaupun berkemeja T), satu elemen penting dalam bisnes - cover/penataan imej penjual.  Mereka tidak sekadar menjual puyuh, keli dan daging salai tetapi memberikan panduan resepi yang bersesuaian.
Panduan yang saya namakan extra miles servis yang sebenarnya bukan tanggungjawab penjual tetapi apabila dilakukan memberi nilai tambah kepada mereka.
Hasilnya, sekuali puyuh masak lemak cili api bersama nenas muda berjaya saya siapkan.  Komen 'omak' belum saya dapatkan.  'Omak' pun  belum pernah mencuba resepi baru 'recommendation' dua pemuda tadi.
Konsep EMS memang amalan para petugas bank, sepatutnya.

Catatan Selepas Lampu Terpadam (11)

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung