Thursday 11 September 2014

Macam-Macam Ada 25 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Metafora, Hiperbola dan aaa yang lainnya....

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Sudah lama tidak mencoret sebarang nota kan. Hari ini saya berikan lagi beberapa panduan, bukan kesalahan ya, walaupun tajuk di atasnya kesalahan yang dilakukan oleh penulis. Isu yang nak kita bincangkan ini bukanlah isu wajib dibuat oleh penulis. Malah makhruh, sunat, berdosa pun tidak. Abaikan sahaja pun tak mengapa. Hanya, sebagai penulis kita perlukan menunjukkan peningkatan atau proses daripada baik kepada bertambah baik dan bertambah-tambah baik dalam setiap penghasilan kita, betul tak.

Anda biasa didedahkan dengan gaya bahasa kan? Simile lah, hiperbola lah, metafora, personifikasi, asonansi dan bermacam lagi. Lebih-lebih lagi kalau anda daripada aliran sastera. Tersangatlah biasanya kan, sampai naik menyampah. Ditambah lagi kalau anda memang tak berapa berkenan dengan subjek tu.

Okay, apa relevannya gaya bahasa dengan penulisan dan masa bila nak diaplikasikannya? Gaya bahasa ini berfungsi untuk menyampai maksud, selain daripada menggambarkan estetika kepengarangan dan identiti seorang penulis. Apa bendalah pulak mak cik ni merepek....

Begini contohnya; 

(lihat transformasi ayat dan bagaimana gaya bahasa membantu mencantikkan ayat dan menyampaikan makna)

1. Saya akan belajar dengan gigih untuk mengubah nasib keluarga.
(ayat biasa/ayat penyata)


2. Saya akan berusaha bak mengenggam bara api sehingga menjadi arang untuk mengubah nasib keluarga.
(simile - kiasan. Biasanya boleh dilihat dengan kewujudan perkataan bak, umpama, bagai, macam, seperti, bagaikan)


3. Akan saya daki tembok usaha tanpa jemu untuk mengubah nasib keluarga
(metafora  - kata-kata yang bermaksud lain tetapi apabila digabungkan membawa maksud lain contohnya tembok + usaha)

4. Saya akan merentang badai dan meredah lautan api untuk mengubah nasib keluarga
(hiperbola - perkataan berlebih-lebihan untuk menggambarkan 'usaha gigih')

Ini hanyalah beberapa contoh yang saya bawakan. Kesemua contoh yang saya tunjukkan di atas, perlukan latihan. Namun begitu, tidak perlulah anda merelaikan sedikit demi sedikit cantuman minda untuk memastikan ayat yang anda hasilkan sebaris demi sebaris mengandungi elemen-elemen tersebut.

Biarkan karya anda larut bersama perasaan. Tulis dan tulis. Cantikkan ia semasa proses justifikasi dan penyuntingan yang sebenarnya lebih menagih perhatian seorang penulis. Selebihnya, biar pembaca yang menentukan.


Ingin menyertai saya di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Saya bukan siapa-siapa. Jauh sekali pemenang anugerah sastera tertinggi tanah air. Hanya niat memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh almarhum guru saya, di samping mengajar anda bagaimana menukarkan minat kepada RM.

Saya boleh dihubungi di 011 19737269 whatsapp dan facebook Monalita Mansor. 

2 comments:

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung