Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://rapidahramli.blogspot.com/
Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.
Berziarah ke blog KakDa ni sepertinya berziarah ke blog kawan lama. Blognya ringkas dan mesra. Bahasanya lembut menyapa walaupun saya tidak nafikan adalah kelemahan di sini sana. Yang lengkap dan cantik hanya pencipta kita, betul tak. Seadanya manusia, tak dapat kita nak meletakkan nilai sempurna tu sehingga ke tahap tertinggi.
Ada satu hal yang telah mengeraskan urat perut saya ke tahap dewa iaitu label untuk entrinya. Sesuka aje dia letak label 'kerja tangan keras' Nak tengok apa yang kerasnya di bawah label tu. Anda kenalah klik di sini. KakDa oh KakDa. KakDa memang 'ohsem'
Entri-entri KakDa sangat kreatif dan santai. Perasaannya seperti sedang bersantaian di bawah jemuran kain jiran bersama ahli mesyuarat tingkap lainnya. Begitulah ramahnya KakDa menyapa 'jiran-jirannya.'
Tapi disebabkan dek ramah juga, entri-entrinya panjang-panjang. Itu dia yang akui sendiri, sampai tutup-tutup muka dengan tangan lagi. Malu katanya.
Istimewanya dalam blog KakDa ni ada satu catatan bertajuk Amat The Series. Tengok KakDa, daripada imbasan tajuk sahaja, sudah terbubar gundah gulana mak-mak yang stres duduk di rumah mengenangkan telatah anak-anak. Jadinya, mak-mak yang nak baca apa halnya dengan Amat dan siapa Amat ni. Jemputlah ke blog KakDa The Series errr...maksud saya blog ni : http://rapidahramli.blogspot.com/
Hanya secebis pengertian, kisah kasih sayang yang sukar diterjemahkan akibat jurang generasi dan komunikasi.
Akan beredar di pasaran dan bolehlah diorder secara online sekarang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D