Sunday 7 September 2014

Bergerak Positif Bersama Wan Rohaniah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.


Hari ini, saya berziarah pula ke blog Wan Rohaniah Wan Abdullah. Cantik namanya secantik empunya diri. Wow! dia bukanlah orang baru dalam dunia blog. Sudah berblog semenjak 2005, anak buah Cikgu Anys Idayu ni (salah seorang guru online ABDR) kini bergelar Pengurus Online sesudah melangsaikan tugasan pada bulan Jun 2014.

Blognya kemas. Perkongsiannya juga menarik. Bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan olehnya iaitu pembangunan kendiri, kedapatan banyak perkongsian positif mengenai kehidupan. Wan Rohaniah juga bijak mempelbagaikan entri. Walaupun blog ini blog pembangunan diri, tidak bermakna ia hanya cerita motivasi semata-mata. 



Dia juga mengongsi aktiviti dan ada satu entri mengenai ulasan cerita yang menarik dan dia mengaitkannya dengan baik dengan konsep blognya. Begitupun sebagai Pengurus Online ABDR, blognya juga menawarkan pakej-pakej ABDR seperti kelas online dan e-book.

Jika anda berminat untuk mengetahui pakej-pakej yang ditawarkan di kelas online ABDR di bawah seliaan Pengurus Online Wan Rohaniah, anda boleh menghubunginya di blog Laman Pembangunan Perkongsian Kendiri miliknya atau : 


email : wanrohaniah.wanabdullah@gmail.com. sms/whatsapp : 016-2697664

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung