Saturday, 13 September 2014

Macam-Macam Ada 26 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Perenggan Bukan Per Enggan

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Kalau anda dipelawa untuk melihat rumah, rumah baru, pemandangan depan tasik, feng shui bagus, kejiranan berpagar dan berpengawal keselamatan 'merah ka' 'hijau ka'. Harga tip top, mampu poket walaupun tercekik juga hujung bulan, atas bukit, tiba-tiba tak ada bilik. Kecuali bilik kecil dan bilik sedikit kecil. Apa perasaan anda? Kalau pengantin baru, okey la jugak. Kalau pengantin siap dengan pengapit pelbagai saiz dan umur macam mana? Mahu ke anda beli rumah tu?

Begitu jugalah perasaannya kalau membaca tulisan tanpa perenggan. Lemas, letih, dan pada masa itu jugalah angkatan migrain dah siapkan armadanya menyerang urat otak daripada laut dan darat beserta udara. Siap dengan pelancar peluru berpandu lagi. Tak usah ceritalah kalau apa yang dibaca tu akan masuk dalam kertas peperiksaan esok. Silap haribulan, nota tu kena rendam dalam air dan jadi baja pokok bunga. 



Perenggan, dalam karya kreatif lebih berfungsi sebagai pemecah babak. Ia secara tak langsung boleh dianggap sebagai 'aksi' dalam bentuk naratif. Memindahkan 'aksi' tanpa memecahkan babak bukanlah kena hukum rejam sampai mati, tak salah pun. Buatlah. Hanya sekali lagi, kebijaksanaan pengarang mengembangkan jalan cerita akan terserlah daripada situ. Karya kreatif yang tidak berperenggan atau setiap perenggannya terlalu panjang akan merisikokan karya mereka sendiri. Sama ada ditinggalkan terus, atau novel/buku anda digunakan untuk menutup muka mereka sebab tertidur. 

Untuk karya non-kreatif, seperti entri di dalam blog, perenggan boleh ditakrifkan sebagai bilik-bilik khas yang mempunyai pintu kecil di antara satu sama lain. Mulai daripada pintu gelangsar utama, sehingga ke pintu dapur, kita akan menemui perkaitan dan kekemasan di situ. Bayangkanlah anda masuk ke dalam sebuah rumah tak berbilik. Semua benda disumbat dan dikumpul di situ , dan pandai-pandailah Cik Temah mencarinya sendiri. Kalau pandai, bolehlah dikuis-kuis dan dipilih-pilih. Kalau tak pandai, Cik Temah belek la satu-satu...sampai jumpa ya. 

Begitulah analoginya kepentingan perenggan. Oh ya, satu perenggan tu tak perlu banyak baris. Maksima enam baris pun memadai. Kalau dah sampai 60 baris tu, itu bukan lagi perenggan. Itu artikel surat khabar!


**** **** ****


Nak beriklan di SOHO kami? Iklan anda akan tercongol di lebih 800 rangkaian blog kami.

Tercongol tu apa? penulis kena tahu. Kalau tak tahu, anda boleh semak di laman web PRPM. 


011-19737269 Monalita Mansor
Saya ada juga di facebook.

2 comments:

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung