Saturday, 13 September 2014

Nazirah Mewarnai Cinta Pada Kulinari

Kek yang dihasilkan oleh Nazirah sempena kemerdekaan Negara Belanda
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://nazirahbugal.blogspot.com/

Assalamualaikum. Salam ABDR. Bismillah.


Buka-buka blog dia, ada gambar kek. Ingatkan dia jual kek atau gambar dia saja-saja share. Rupa-rupanya kek yang dia buat sendiri. Lepas tu bertema-tema pulak. Merdekalah, ikut negaralah. Wah! ini sudah hebat. Tak dinafikanlah, alhamdulillah, baik protege, alumni mahupun cikgu-cikgu online ABDR ni hebat-hebat belaka (ehem). Masing-masing mempunyai kepakaran dan kelebihan tersendiri.

Akan datang, insya-Allah kalau nak membeli-belah dengan harga mampu milik dan mampu poket, tak salah kita berbelanja di SOHO Directory di Akademi Bekerja di Rumah aje kan. Udahnya, dah semua ahlinya mempunyai bisnes dari hujung rambut sampai hujung stokin.

Tapi, betul Cik Temah, saya tabik spring menjojol-jojol toing-toing dengan Nazirah ni. Untuk seorang suri rumah yang tahu makan kek seperti saya, nak menghasilkan bisnes makanan seumpama ini, rasanya jauh panggang dari api. Malah kayu api pun tak sempat nak dikutip lagi.

Selain daripada itu, dalam blog Tips Bisnes Makanan Dari Rumah ini, ada banyak panduan-panduan ringkas menyediakan makanan untuk bisnes ataupun yang tak berbisnes pun, untuk makan sendiri pun tak mengapa.

Saya memang mencadangkan blog ini dibaca, dihadam dan dilawat oleh para suri rumah yang mengkhusus di bidang peng'kek'an dan pem'biskut'an untuk mendapatkan tips menarik dan mudah untuk digunapakai. Tak rugi. Tak percaya, kliklah pautan kat atas dan lawat sendiri.

  Kemahiran saya adalah di dalam bidang pastri. Kepakaran saya membuat kek perkahwinan dari satu tingkat hingga ke lapan tingkat atau lebih. Membuat choc praline,  "choc sculpture", dekorasi coklat. Dessert-dessert yang biasa didapati dihotel-hotel terkemuka.  Saya pernah memenangi beberapa pertandingan dessert, kek perkahwinan , coklat antara hotel-hotel. Di samping itu, saya pernah juga mempersembahkan kek untuk para pembesar negara kita pada hari istimewa mereka seperti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agung. 
      


baca lagi di : sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung