Wednesday, 25 September 2013

Sewa Beli atau Sewa Pakai?

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi




"Kereta sapa ni, Cik Pah?"

"Eh, kereta anak akulah.  Kereta siapa lagi.  Bayar muka sepuluh ribu.  Bulan-bulan bayar tujuh ratus dekat bank,"  Cik Pah memuncung.  Ingat anak aku ni sengkek sangat.  Hah, ambik kau!


"Ooo.  anak akupun dah tempah kat kedai kereta.  Minggu depan baru keluar.  Tapi tak adalah mahal benor macam kereta anak kau,"  Cik Temah merendahkan suara.  Cik Tipah Lenggang, kalau bercakap mana mahu mengorek tanah, sentiasa mendudu ke atas, menikam langit.  

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Pernah mendengar perbualan di atas?  Biasa kan?  

Kita biasanya akan mendakwa kereta yang kita beli itu kereta saya atau kereta kami.  Tapi kalau kereta itu kereta kita atau kereta kami, kenapa selepas 21 hari jika bank tidak menerima pembayaran, surat cinta yang manis bahasanya akan kita terima dengan ugutan manis juga bahawa kereta kita akan ditarik?

Sebenarnya istilah yang patut kita sinonimkan dengan situasi di atas ialah kereta sewa beli kita.  (Berjelalah pulak nak menyebutnya, Cik Mon oii!) Ini adalah kerana, selagi belum selesai pembayaran bulanan di dalam tempoh perjanjian kita dengan bank, maka selama itulah kereta itu adalah hak milik BANK.

Apa yang berlaku di antara kita dengan bank ialah pembiayaan SEWA BELI kenderaan.  Sewa beli dari segi istilahnya ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut.  Kita adalah PENYEWA dan bank adalah PEMBIAYA.  

Hak milik hanya akan ditukarkan kepada PENYEWA apabila semua ansuran dijelaskan kepada PEMBIAYA.  BAGAIMANAPUN, selama kita menyewa kenderaan tersebut, kita bebas untuk membawa pulang dan menggunakannya, sesukanya.

Selain daripada kereta, barangan keperluan rumah,  kenderaan bermotor, barangan keperluan peribadi juga termasuk di bawah kategori sewa beli apabila anda berhutang dengan bank/syarikat untuk mendapatkannya.
Ferrari Rasulullah S.A.W, kata seorang ustaz.

petikan status facebook pengasas Akademi Belajar dari Rumah, Puan Masayu Ahmad

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah 
satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.


Nak berniaga dengan modal seciput sebuah periuk nasi elektrik 3 put susu 500 gm?  Hubungi saya Monalita Mansor di facebook Monalita Mansor atau e-mel monalitamansor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung