Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga.
Saya namakan entri ini di bawah catatan harian, tapi nampaknya mengambil masa berhari-hari. Perjalanan sebenar sudah berlalu minggu lepas. Tetapi terasa rugi untuk meninggalkan waima senipis kulit bawang, pengalaman perjalanan bersama keluarga ini begitu sahaja. Biar ia tercatat di sini.
3.40 petang, kenderaan memenuhi sepanjang lereng mendaki meninggalkan Ringlet. Dalam perjalanan ke Ringlet tadi, terpana saya dengan kehebatan teknologi manusia. Memanipulasi alam, menukarkannya menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Sayur dan bunga-bungaan.
Dua keluarga turun, menyinggah di Cameron Valley Tea House. Hentian tepi ladang teh milik kumpulan Bharatt yang mengambil alih Pusat Penyelidikan Pertanian di Cameron Highland pada tahun 1952 apabila diterajui oleh Brijikishore Agarwal.
nampak topi tu, masih ada harga di tanah tinggi ni... |
Siapakah yang mencipta lereng berbukit yang boleh menumbuhkan hasil, di bawahnya mengalir air terjun seputih salju. Beriring kabus tipis sejuk memeluk setiap tubuh yang terpaku pada indahnya bumi Tuhan.
Kami tidak berlama, memandangkan usia ahli rombongan yang kesemuanya masih sukar dikawal. Saya akui, melancong sambil beranak kecil, memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
4.00 petang, melewati pekan Tanah Rata, pesta 'bau hangit' sudah bermula. Kenderaan merangkak umpama siput kekenyangan. Bau 'klach' hangit menerawang di udara. Sesudah terbabas ke depan sedikit, kami membelok semula untuk ke Healthy Strawberry Park.
Di sini, ladang strawberi petik sendiri (tapi saya tak nampak sesiapapun memetiknya) bunga-bungaan dan anak-anak pokok yang sesuai boleh dilihat secara dekat. Saya, sekadar melihat sahaja. Tidak teruja membelipun. Hanya menikmati sebatang ais krim Malaysia berperisa strawberi.
si kecil, Airiel Haiqal di depan dan Nayli Ellyani di belakang. |
akhirnya berjaya mengambil gambar paku gajah seperti dalam buku teks sekolah dulu. |
Pekan Tanah Rata |
'Pesta' hampir bermula |
rekabentuk kolonial yang memaksa kita tak boleh melupakan sejarah |
deretan kedai di Healthy Strawbery Farm |
merah-merah, mencekik darah! |
kabus yang bakal sirna sedikit masa lagi, dikaburi bukit gondol |
"let's rock!" |
http://bharattea.com.my/bharat3/
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D