Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
Berikut saya perturunkan senarai semak sebagai panduan untuk kewangan yang lebih teratur. Mungkin tidak semuanya kita amalkan, tetapi setidak-tidaknya kita mendapat suluhan daripada senarai semak ini untuk memperbaiki kekurangan pengurusan kewangan rumahtangga kita.
- Lakukan perbincangan dengan pasangan dan ahli keluarga mengenai kewangan keluarga. Libatkan si kecil yang mungkin mempunyai keperluan yang mendesak, tetapi kita terlepas pandang.
- Penyediaan bajet bulanan dan tahunan
- Rekodkan perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan
- Mengetahui kedudukan kewangan semasa keluarga seperti; aliran wang tunai, nisbah kemewahan, nisbah hutang dan nilai aset bersih
- Pastikan instrumen kewangan kita PATUH SYARIAH (bagi yang Muslim)
- Mulakan penyediaan tabung kecemasan yang bersamaan dengan nilai enam bulan gaji (ini ingatan paling berharga buat anda yang merancang untuk berhenti kerja)
- Dapatkan pelan perlindungan pendapatan
- Mulakan tabungan untuk fardhu haji. Mendaftar sekarang sebagai langkah menguatkan tekad untuk istiqamah menyimpan.
- Menyediakan tabung pendidikan anak-anak.
- Memiliki pelan perlindungan hospital dan perubatan
- Menyediakan perancangan penyelesaian hutang
- Menyedia dan memulakan pelan tabungan persaraan (selain sedia ada)
- Menyedia dan memulakan pelan pelaburan ukhrawi seperti zakat, infak, sedekah dan wakaf
- Memulakan sumbangan bulanan ehsan ibu bapa
- Menyediakan pelan perancangan perwarisan harta.
- Muhasabah perbelanjaan bulanan
- Penyimpanan rekod untuk data penting seperti daftar harta dan hutang
- Memiliki sistem fail yang teratur berkaitan penyata akaun simpanan, pelaburan, Tabung Haji dan KWSP, salinan geran tanah, rumah dan kenderaan, dokumen berkaitan perjanjian pinjaman yang berkaitan, wasiat takaful dan cukai pendapatan.
titipan pencerahan Hj Mahdzir Md Isa, Jejak RM, Majalah Solusi No. 44
ketiga-tiga e-book di bawah adalah percuma sekiranya anda mendaftar untuk masuk kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang. PM saya di https://www.facebook.com/affanazman
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D