Thursday, 26 September 2013

Anak Lelaki Semua Tak Guna! - Kisah Benar

Teks  : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Whoops! jangan tersentap dengan pernyataan di atas.  Bukan saya yang keluarkan.  Bukan!

Pernyataan ini lahir daripada mulut seorang ibu beranak lima yang tinggal sebaris dengan rumah saya.  Bukan seorang ibu yang tinggal di ceruk kampung hutan 'berdau' (sebut dalam slanga Temerloh).  Dia tinggal di sebuah rumah pangsa di Petaling Utama di sebuah bandar bernama Petaling Jaya!

Acik Manja, saya gelarkan dia di sini.  Semua warga tua saya panggil acik, kecuali mak mentua (nak nahas?)
Dia mengeluh, anaknya bukan tinggal jauh sangat, seorang di Seri Manja seorang lagi di Taman Medan.  Selain tu, tak adalah dia beritahu.  (sila semak google map jika nak tahu lokasi ketiga-tiga tempat ni)

Katanya, sakit pening tanggung sendiri.  Menjenguk mak memang payah.  Raya pun gosok-gosok punggung kat sofa, lepas tu balik.  Sudahlah gitu, telefonpun susah.

"Acik ni, ke dapur bawak telefon, ke depan bawak telefon, nak tidur letak telefon tepi bantal, takut anak telefon, mak cik tak dengar.  tak ada!  tak ada!  ada masanya acik rasa nak baling telefon tu ke bawah,  tapi lepas tu fikir pulak, kalau mati anak aku, macam mana mereka nak bagi tahu kalau aku campak telefon ni." berair mata Acik Manja.  Saya beritahu hati, sekejap lagi saya nak balik telefon mak!

"Orang tua bukannya nak apa.  Bukannya nak duit.  Acik tak pernah minta duit diorang.  Tapi apa salahnya awak sebagai anak, datang sini, bawaklah nasi lemak sebungkus dua, campak kat mak?  susah sangat ke?"

"Anak perempuan, walau macam manapun, tetap ingat mak.  anak lelaki?"  acik manja mencebik sambil menggeleng.

baca catatan ini sebagai anak, ibu, menantu ya.  jangan kita cungkil apa salah ibu ini ketika mendidik anak dulu sehingga anak jadi begini.  Beritahu diri kita, kuatkan hati,  kita perlu didik diri, anak, mak, suami.  LELAKI SEKARANG PERLUKAN WANITA SEKUAT KITA.

Ya, wanita kuat perlukan ilmu. 

Kelas Asas Blog dan Penulisan menyediakan ilmu setidak-tidaknya untuk
menulis dan menyampaikan perkongsian secara berhikmah, mencipta pengikut dan menukarkannya menjadi pelanggan.

Hubungi saya sekarang.  


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung