Tuesday, 24 September 2013

Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (7)

Teks   :  Monalita Mansor

Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Ini adalah koleksi catatan terakhir perjalanan saya bersama keluarga daripada Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan masuk ke Selangor semula.  

Jam 10.00 malam, kami tiba di Kg Sekolah, Behrang.  Badan memang sudah penat, tidak terkatakan.  Apatah lagi melalui perjalanan bengkang bengkok turun ke Tapah yang menakutkan. Allah sahaja yang tahu.

Sesampainya kami, semuanya bertumpu ke meja makan.  Sebekas besar ayam, daging dan udang dimasak secara barbeque sudah terhidang.  Alhamdulillah, masih lagi dikurnia rezeki buat kami.  Maka beradaplah kami sekeluarga beramai-ramai menikmati rezeki.

Ini rumah adik ipar kelima saya.  Kalau berkelapangan, kami adik beradik akan turun dan berkampung di Behrang sambil berbarbaque, acara tak rasmi yang memang tertulis di dalam kepala.  Tambahan pula ipar biras keempat saya sedang belajar di UPSI secara separuh masa, jadi kami memang selalu menziarahinya.

Biras saya suri rumah.  Tetapi, dia juga menoreh getah.  Dalam banyak-banyak biras saya, dialah biras paling lasak dan serba boleh.  Ke kebun, ke dapur, ke tengah, insyaAllah.  Gambar yang saya rakamkan ini ialah kawasan sempit di tepi rumahnya.  


Anda boleh bayangkan sendiri, jika ruang sesempit ini dapat diisinya dengan tumbuhan sebegini.

Begitulah kami, adik beradik.  Dengan kebolehan dan keupayaan tersendiri, masing-masing melengkapi.

TAMAT.

Kelas Asas Blog dan Penulisan sebenarnya dapat mencungkil bakat penulisan anda.  Bakat ditambah istiqamah menulis, pasti membuahkan hasil.  Mana tahu sebenarnya anda bakal novelis tersohor tanah air satu ketika nanti.

Hubungi saya, Monalita Mansor di FB atau monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung