TEKS : MONALITA MANSOR
GAMBAR : KOLEKSI PERIBADI
DARIPADA MONAZMAN.BLOGSPOT.COM DITULIS PADA JUMAAT, 8 MAC 2013
PKRS 2 : Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Terhadap Perkembangan Kognitif, Psikomotor dan Afektif Murid
3.0. Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap perkembangan kognitif, Psikomotor dan Afektif murid.
3.1. Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan merangkumi aspek penilaian dan sintesis mengenai sesuatu perkara.Murid-murid dapat mengenalpasti dan menyenarai aktiviti fizikal, mengamalkan postur yang betul; yang memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesihatan diri. Seterusnya mengamalkannya secara konsisten untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan maksimum.
Mengumpul maklumat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, pengambilan makanan yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan. Sebagai contoh: mengetahui dengan jelas makanan-makanan yang terdapat di dalam piramid makanan dan kadar pengambilannya bagi setiap takah piramid. Murid-murid juga boleh membuat keputusan untuk tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah-masalah kesihatan lainnya. Seterusnya mengamalkannya sebagai nilai tambah utama terhadap penjagaan kesihatan yang betul.
Ia akan memberikan pendidikan mengenai aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal dan psikologikal semasa akhil baligh berkenaan dengan dua gender seks yang berbeza. Sebagai contoh tanda baligh fizikal bagi pelajar lelaki adalah ‘pecah suara’ dan bagi pelajar perempuan adalah sebaik sahaja mereka mengalami proses menstruasi.
Mereka sepatutnya boleh membezakan perawakan di antara kedua-dua gender tersebut dan akhirnya dapat menghormati mereka dengan cara dan adil, seterusnya mewujudkan golongan masyarakat yang bermaruah dan hormat-menghormati. Kesan jangka panjangnya ialah mengurangkan impak masalah sosial di dalam masyarakat.
Implikasi pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terhadap perkembangan kognitif seterusnya ialah murid-murid akan merancang atau menggabungkan maklumat untuk pengetahuan mengenai aspek keselamatan membabitkan diri sendiri dan persekitaran. Bertindak bijak ketika berada di dalam situasi yang tidak selamat. Mengenalpasti teknik-teknik mempertahankan diri apabila apabila terdapat ancaman. Sebagai contoh;- menjauhkan diri apabila dihampiri orang yang tidak dikenali atau sentiasa berada di dalam kumpulan yang memungkinkan risiko terhadap keselamatan diri berkurangan.
Menganalisis kesan buruk terhadap akibat pemgabilan bahan-bahan berbahaya seperti rokok, dadah, inhalan dan alkohol yang bukan sahaja menyumbang kepada risiko kesihatan fizikal tetapi mental dan emosi. Sebagai contoh pengambilan dadah berlebihan akan mengakibatkan ketagihan yang merosakkan sistem tubuh badan, menyebabkan daya pergantungan total secara fizikal dan psikologikal terhadap dadah serta akibat buruknya terhadap kesihatan itu senditi. Seterusnya menerbitkan gejala sosial lainnya seperti ragut, samun, pembunuhan yang seterusnya merosakkan seluruh sistem sosial diri, masyarakat dan persekitaran dan negara.
Membuat hipotesis mengenai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gejala penyalahgunaan barang terlarang dan berbahaya seperti kerosakan sistem saraf, hepatitis, sawan, HIV, meningitis dan sebagainya, sekaligus mengelakkannya.
Memperolehi kefahaman tentang pengurusan kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat terhadap penyakita berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental melalui amalan kesihatan yang betul seperti pengambilan makanan seimbang dan aspek penjagaan kesihatan jasmani.
3.2. Perkembangan Psikomotor
Murid-murid mengenal pasti peralatan,bahan-bahan dan situasi yang berbahaya di rumah, sekolah atau di tempat-tempat awam seterusnya mengambil langkah-langkah untuk mengelakkannya seperti menyimpannya di tempat yang selamat, menjauhi persekitaran tersebut dan mempelajari kaedah-kaedah mempertahankan diri dan pertolongan cemas. Sebagai contoh; sikap yang betul ketika berjalan di tepi jalan raya seperti berjalan melawan arah trafik. Dengan pengetahuan pertolongan cemas juga contohnya; setidak-tidaknya murid-murid dapat mengadaptasi kemahiran afektif menghadapi kecemasan dengan tenang kerana sudah bersedia dan berpengetahuan untuk menanganinya.
Murid-murid mengenalpasti teknik penjagaan kesihatan menyeluruh yang betul sama ada dari terutama dari segi bentuk senaman sebagai contoh; mengaplikasikan postur senaman yang betul dan selamat untuk tubuh badan dan penggunaan masa rehat dan tidur serta penggunaan masa berkualiti.
3.3. Perkembangan Afektif
PKSR membentuk kemahiran pengurusan mental dan emosi. Murid-murid memperolehi kemahiran menguruskan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Menguruskan konflik adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan insititusi kekeluargaan dan setiap ahlinya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk tujuan itu.
Institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah unit asas dalam hierarki sosial satu sistem masyarakat yang sentiasa perlu dipertahankan. Murid-murid dapat mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan sehari-hari. Kemahiran ini dapat diperolehi dengan pemantapan dan pematuhan terhadap ajaran agama.
Dengan ini, mereka dapat melampiaskan kasih sayang berbeza terhadap Tuhan, diri, keluarga, guru dan rakan-rakan. Dengan keakuran terhadap agama juga mereka dapat menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu dan kelompok tertentu yang akhirnya akan mencetuskan permasalahan dalam perhubungan sesama individu dan masyarakat.
Pendidikan kesihatan reproduktif dari sudut afektif juga membina kemahiran dan pengetahuan mengenai kepentingan etika perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan dan persahabatan. Sebagai contoh mengetahui salasilah keluarga untuk mengetahui kedudukan diri dan perbandingan dengan individu lain untuk melahirkan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
Mengadaptasi kemahiran berfikir dan bertindak secara serentak apabila berada di dalam situasi yang memerlukan seseorang individu untuk berkata tidak terhadap ancaman ataupun ugutan.
4.0. Rumusan
Impak Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk jangkamasa panjang ialah melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari segi mental dan fizikal. Pendidikan secara berkesan memberi kesan langsung terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat seterusnya menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata sebenar.
Bibliografi
Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Yahya Don, Psikologi Sosial Dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, 2006
Agensi Antidadah Kebangsaan, Dadah Musuh No 1 Negara, Thinkers Library Sdn Bhd, 2007
Entri ini adalah antara 'killer entry' saya di blog lama. Bagaimana saya mengekalkan momentum 'killer entry' ini? Anda perlu masuk kelas untuk tahu.
Daftar masuk dalam kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D