Teks : Monalita Mansor
Gambar : daripada koleksi blog INSPIRASI WANARIAHAMIZA
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Hari ini, Jumaat hari Tasyrik akhir untuk Zulhijjah tahun ini. Pagi ini pagi yang indah. Pagi yang ceria, meski tiada beburung menyanyi di atas pohon kecil berhampiran tingkap bilik, hati menyanyi-nyanyi riang. Alhamdulillah, kesyukuran terus dipanjat atas semua kurniaan Maha Pencipta.
Hari ini, saya mendapat seorang lagi kawan baru di blog. Namanya Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd Hamid. Beliau adalah seorang penulis muda yang hebat. InsyaAllah, saya yakin bakatnya yang terus bersinar sebagai cerpenis muda yang prolifik dan mempunyai gagasan tersendiri dalam berkarya.
Satu perkara yang buat saya terus berdiam di blognya ialah lagu latar serta 'heading' blog yang sangat menikam sukma. Lagu tersebut memberikan inspirasi, ada unsur lagu Hindi yang menyebabkan saya terus teringatkan keinginan Preity Zinta dalam mimpinya untuk memiliki Salman Khan dalam filem Chori Chori Chupke Chupke.
'Heading'nya sangat cantik dan terus 'bercerita' buat sesiapa yang ingin mendengar dan menikmati indahnya gambar tersebut.
Saya ingin menghabiskan hari dengan menikmati alunan lembut irama itu sambil meneliti manuskrip-manuskrip yang tertinggal di celahan waktu.
~~meskipun entri ini kedengarannya melankolik, ia masih sebahagian daripada entri alumni Akademi Bekerja Dari Rumah ya. Bekerja dari Rumah, banyak cabaran, melawan sinis dan sindir dari pandangan yang menghinakan, entah cemburu entah apa.
Tapi, seperkara yang tidak diketahui mereka, sayalah suri rumahnya yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa perlu keluar rumah ataupun menghabiskan duit petrol.
Bagaimana? PM saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut. ~~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D