Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah
Selori lembu sudahpun tiba di perkarangan Masjid As-Salam PJS1, malam tadi. Alhamdulillah, semoga acara korban anjuran masjid ini berjalan lancar.
Ada beberapa lagi soalan popular yang hendak saya perturunkan di sini. Untuk pengetahuan anda, ini adalah fasa akhir di dalam topik sewa beli kenderaan. Selepas ini, kita akan beralih ke topik lain di dalam bidang kewangan yang menarik, yang perlu anda ambil tahu.
S : Bolehkah syarikat kewangan menuntut pembayaran selepas kereta saya ditarik dan dilelong oleh mereka?
J : Boleh. Kalau hasil lelong itu tak mencukupi, andalah yang harus membayar baki sehingga selesai hutang-piutang anda dengan mereka.
S: Kalau kereta saya kena curi, masih kena bayar ansuran ke?
J : Ya, kerana itu adalah tanggungjawab dan liabiliti anda. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat tuntutan dengan syarikat insurans berasaskan nilaian pasaran semasa kenderaan tersebut atau jumlah yang diinsuranskan, yang mana lebih rendah.
S: Apa terjadi kalau saya meninggal dunia? Waris kena bayar ke?
J: Waris kena terus bayar, kalau tak kereta kena tarik. Ingat prosedur ini;
- Waris penyewa perlu mendapatkan LA (Letter of Administration)/Grant of Probate/wasiat kalau ada dan bawa kepada syarikat kewangan
- dengan itu, hak-hak, hak milik dan kepentingan akan ditukarkan kepada waris
- sambung bayar
S : Boleh ke saya jual kenderaan atau pindah hak miliknya kepada orang lain sedangkan saya belum habis bayar lagi kereta tu dan minta orang tu sambung bayar?
J : INI PERKARA YANG SANGAT BIASA BERLAKU - SILA BACA JAWAPAN BANK NEGARA MALAYSIA DI BAWAH:
Tidak sah di sisi undang-undang untuk memindahkan hak milik atau menjual atau menyerahkan kenderaan bermotor kepada pihak ketiga tanpa kebenaran syarikat kewangna yang merupakan pemilik yang sah. Sekiranya anda berbuat demikian, anda akan mengalami kerugian dan penalti yang agak besar memandangkan anda masih bertanggungjwab sepenuhnya ke atas segala liabiliti dan kerugian yang ditanggung.
Pastikan bahawa anda telah menyelesaikan sepenuhnya kemudahan sewa beli terelebih dahulu sebelum menjual kenderaan bermotor. Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan hasil jualan kenderaan bermotor untuk membayar baki pembiayaan sewa beli anda yang belum jelas, dapatkan persetujuan syarikat kewangan untuk menjual kenderaan bermotor anda dan mengatur supaya hasil jualan dibayar terus kepada syarikat kewangan untuk menyelesaikan baki belum jelas.
Sekiranya masih ada baki hutang, anda tetap bertanggungjawab untuk membayar baki tersebut. Sekiranya ada lebih, barulah ianya akan dipulangkan kepada anda.
Memasuki pertengahan Oktober, kelas Asas Blog menawarkan harga menarik untuk anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Monalita Mansor di facebook atau emel monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D