Gambar : Carian Google
Entri daripada monazman.blogspot.com ditulis pada: 25/1/2013
assalamualaikum w.b.t. dengan nama Allah yang Maha Memberi Rezeki. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ni, Che' Mon nak menulis sesuatu yang baru. Yang Che namakan tips menulis ala koboi, santai dan damai. Nak kongsi dengan kawan-kawan yang bersemangat nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa...
ini gambar dari theinspirational apa tah, something like that la.. |
kreatif - cerpen, novel, sajak, gurindam, syair dll
non - kreatif - esei, rencana, kritikan dll
apa matlamat kalian jadi penulis?
hobi?
tolong jangan cakap hobi. Hobi hanya untuk masa lapang. kalau kalian kata hobi, karya kalian tak akan sebegitu serius sampai jadi novel, antologi ataupun menang peraduan. Reset minda dengan katakan saya menulis kerana kecintaan. kecintaan untuk berkongsi bakat dengan orang lain. berkongsi cerita dengan orang lain. berkongsi pengetahuan saya dengan orang lain.
nak jadi popular?
nama terpampang di muka depan buku. dikenali ramai orang? kalau guna nama samaran macamana orang nak kenal? kenal. bila orang dah suka dengan karya kita. Kawan-kawan kita yang pandang rendah kita kat sekolah dulu di ruangan komen, 'aku tak sangka hang ada bakat menulis' atau 'aku tak sangka aku ada kawan seorang penulis' - tak seronok ke? seronok. kepuasan peribadi. membuktikan kredibiliti diri.
nak kaya?
ehem. Kalau karya kalian sendiri, edit sendiri, prof reading sendiri dan terbit sendiri, mungkin boleh kaya. TAPI kalau kalian memang gila-gila buat marketing sendiri di samping marketing yang dibuat oleh penerbit, insyaAllah. boleh kaya. caranya, kena menuntutlah....
nak berkongsi ilmu?
bagus untuk para profesional kalau mereka berniat begitu. begitu juga bagus untuk para agamawan. bagaimana kalau orang biasa-biasa macam kita ni? sekolah takat cukup makan. kerja makan gaji dengan Encik Suami. masih boleh berkongsi ilmu. sebab sebelum menulis kita membaca. melalui pembacaan kita mendapat ilmu. kita olah semula jadi karya kreatif. berkongsi namanya tu...
kalau KEDEKUT, HASAD DENGKI JANGAN jadi penulis!!!
nak mencurah rasa?
ini adalah sebab terbaik daripada semua sebab. kebiasaannya penulis adalah orang yang pendiam (ehem) atau pernah menjadi pendiam. pernah melalui perkara-perkara yang membuatkan rasa rendah dirinya menjunam-junam maka tak ada tempat nak mengadu, pensil dan kertaslah tempatnya.
JADI,
ambil pen/laptop dan MENULIS sekarang. Tulis apa yang ada dalam hati kalian. tentang hidup. tentang jiran sebelah pintu/ tentang anak yang terlupa bersalam sewaktu nak pergi sekolah pagi tadi/tentang ikan puyu mati. tulis sahaja. dah habis tulis. SIMPAN. jangan baca lagi. baca semula SEBULAN selepas itu.
ingat !! nak jadi penulis kena tetapkan matlamat. Kalau setakat nak balas dendam kat orang sinun/sanen fasal dia pernah menghina karya kita. lupakan sahaja. anda tak akan ke mana. Reset minda AKU MENULIS UNTUK.....(set perkara yang baik dan positif sahaja)
sekian. kalau rajin dan ada sambutan, Che Mon sambung.
entri di atas adalah catatan daripada blog lama saya. Ada sambutan tetapi agak lambat. Apabila saya masuk kelas Asas Blog, dalam masa tak sampai sebulan, trafik saya sudah mencecah 2000 pelawat.
Apa untungnya trafik ramai ni?
1. menjadi blog popular di carian Google
2. jika ada produk, boleh tukarkan pembaca kepada pembeli
3. mengekalkan momentum penulisan
4. menjemput rezeki tak terjangka.
apa rezeki yang tak terjangka tu? contohnya tawaran menjadi kolumnis, tawaran menulis dan berbagai-bagai lagi.
hubungi sayalah, senang cerita.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D